Syed Faiz: Gelombang "Tsunami Rakyat" Jadi Punca BN Di Tolak !

Syed Faiz: Gelombang "Tsunami Rakyat" Jadi Punca BN Di Tolak ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Faiz: Gelombang "Tsunami Rakyat" Jadi Punca BN Di Tolak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Faiz: Gelombang "Tsunami Rakyat" Jadi Punca BN Di Tolak !
link : Syed Faiz: Gelombang "Tsunami Rakyat" Jadi Punca BN Di Tolak !

Baca juga


Syed Faiz: Gelombang "Tsunami Rakyat" Jadi Punca BN Di Tolak !


PEKAN: Keangkuhan dan kedegilan kepimpinan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon-calon lama yang ditolak rakyat membawa padah apabila tampuk pemerintahan kini telah 'terlucut dari tangan'.

Kejatuhan BN juga boleh dikatakan berpunca daripada isu-isu nasional yang tidak terjawab sehingga hari ini dan jika ada sekalipun, ia tidak cukup untuk memuaskan hati rakyat.

Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, gelombang 'Tsunami Rakyat' dan kebangkitan anak muda kini menjadi realiti apabila suara mereka enggan didengari.

"Lihatlah sendiri apa yang diperjuangkan oleh anak muda, malah saya sendiri selaku NGO kerap kali menyatakan bahawa pentingnya meletakkan calon muda dalam proses meremajakan parti supaya kelihatan segar, baru yang berkelayakan untuk memimpin rakyat, tapi langsung tidak diendah.

"Rakyat sudah muak dengan janji-janji yang dianggap tidak luar biasa. Sogokan ibarat 'RM1 diberi kepada rakyat, tapi yang ditelan adalah RM1 juta. Rakyat boleh menilai. Mereka bukan hanya menganga sahaja, rakyat makin cerdik, bukan hanya tunggu dan lihat sedangkan mereka menanggung keperitan hidup seharian.

"Syed Faiz berkata, GST, kenaikan harga minyak, harga barangan yang melambung naik tak mahu turun serta tol yang mahal di bandar-bandar cukup perit untuk ditanggung.

Bagaimana nak sediakan hidup selesa kalau tiap-tiap hari kena tanggung perbelanjaan yang melampau? Nak pergi kerja pun kena keluarkan duit yang banyak tapi dapat gaji 'ciput'. Soalnya.

"Kerajaan tidak sedar betapa bahayanya GST, saya ingat boleh turunkan harga barang rupa-rupanya boleh turunkan Najib dan BN jugak," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Syed Faiz berkata, perubahan kerajaan selepas 60 tahun UMNO memerintah merupakan signal jelas daripada rakyat yang sudah tidak mahu dipimpin golongan ego dan tidak dengar kata rakyat akar umbi.

"Rupa-rupanya Barisan Nasional ni macam kerja kerajaan jugak, cukup 60 tahun BERSARA wajib. Sedangkan ia boleh dielak jika Najib dan barisan kepimpinannya bijak berfikir dalam membuat sesuatu keputusan.

"Asyik nak jaga kepentingan sendiri di sana sini sudahnya siapa yang rugi? Rakyat juga yang menempuh kebinasaannya.

Najib dilihat tidak begitu konsisten sepanjang pemerintahan, tidak bijak mengawal orang di sekelilingnya sehingga orang keliling dia pula boleh kawal dia sehingga merosakkan hubungan dia dengan rakyat.

Bajet yang dibentangkan juga menampakkan keborosan di mana banyak peruntukan kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Najib tidak tegas, tidak tau menekankan displin kabinet ketika berhujah menjawab isu yang diutarakan. Cara menjawab sambil lewa sedangkan rakyat mahu jawapan yang konkrit dan meyakinkan.

Rakyat tak mudah dibeli oleh wang ringgit lagi pada musim pilihan raya. Yang keluar (BR1M) untuk rakyat berapa juta, yang ditelan sesama sendiri berapa juta pula? Bila ada yang menegur dari dalam, orang itulah yang akan disekat semuanya.

"Kepimpinan seperti inikah yang perlu terus dihadap rakyat? Kita tidak mahu negara tergadai suatu hari nanti atas nama pembangunan projek mega melalui pelaburan asing. Walhal kesannya rakyat yang menanggung jika gagal. Jadi rakyat telah pun bersuara melalui PRU14 yang berlangsung semalam (9 Mei).

Inilah yang dinamakan kuasa rakyat. Selalu disebut-sebut, akhirnya nampak bukti apa itu kuasa rakyat?. Kuasanya mengatasi ketamakan dan kesombongan pemimpin yang mendongak tinggi ke langit!

Susah jika orang BN tak mahu terima ia sebagai pengajaran dan kesedaran. Jika bukan sekarang perlu berubah,bila lagi? Aset dan dana kerajaan sangat perlu digunakan secara berhemah.

Beliau turut menyentuh berkenaan Perdana Menteri Malaysia ke-7 yang mengangkat sumpah malam ini. Tun Mahathir mencipta keajaiban selepas memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-4 selama 22 tahun.

Tidak dinafikan, Tun Mahathir seorang Perdana Menteri Malaysia yang berpandangan jauh dan faktor berkenaan amat diperlukan oleh negara tercinta.

Idea-idea bernas dan falsafah yang unik membolehkan beliau melakukan sesuatu yang sukar diramal dalam membawa Malaysia ke landasan kemajuan.

Pemerintahan Malaysia yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir suatu masa dahulu jelas menunjukkan satu bentuk pemerintahan demokrasi mengikut acuan sendiri yang mengutamakan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kemajuan negara. #PDO


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Syed Faiz: Gelombang "Tsunami Rakyat" Jadi Punca BN Di Tolak !

Sekianlah artikel Syed Faiz: Gelombang "Tsunami Rakyat" Jadi Punca BN Di Tolak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Faiz: Gelombang "Tsunami Rakyat" Jadi Punca BN Di Tolak ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/syed-faiz-gelombang-tsunami-rakyat-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: