Judul : Shahrir Samad letak jawatan Pengerusi Felda
link : Shahrir Samad letak jawatan Pengerusi Felda
Shahrir Samad letak jawatan Pengerusi Felda
Surat peletakan jawatan Shahrir telah dihantar kepada Dr. Mahathir Mohamad |
KUALA LUMPUR - Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa hari ini.
Surat peletakan jawatan beliau telah dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Memandangkan saya dilantik sebagai pengerusi Felda oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baharu," katanya.
Shahrir dilantik menjadi Pengerusi Felda pada 6 Januari 2017 untuk menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad yang digugurkan ekoran isu penyelewengan tanah milik Felda di Jalan Semarak.
Shahrir yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas juga gagal mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru apabila ditewaskan Akmal Nasrullah Mohd Nasir daripada Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 19,782 undi. - Bernama
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Shahrir Samad letak jawatan Pengerusi Felda
Sekianlah artikel Shahrir Samad letak jawatan Pengerusi Felda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Shahrir Samad letak jawatan Pengerusi Felda dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/shahrir-samad-letak-jawatan-pengerusi.html