Judul : Selesaikan Isu Pertanian, Aku Janji Calon BN Buat Masyarakat Tanah Rata
link : Selesaikan Isu Pertanian, Aku Janji Calon BN Buat Masyarakat Tanah Rata
Selesaikan Isu Pertanian, Aku Janji Calon BN Buat Masyarakat Tanah Rata
CAMERON HIGHLANDS: Sektor pertanian, pelancongan dan perniagaan merupakan antara aku janji yang akan diketengahkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata, Leong Tak Man jika berjaya merampas kembali kerusi tersebut daripada DAP.
Ini berikutan ketiga-tiga sektor berkenaan merupakan nadi kepada masyarakat di sini terutama bagi penduduk di Tanah Rata.
Menurutnya, beliau telah mengetengahkan isu membabitkan ketiga-tiga sektor berkenaan sejak tahun 2015 terutama bagi golongan petani di tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL).
"Perjuangan saya adalah untuk rakyat yang selama ini menghadapi kesukaran dalam tempoh lima tahun DAP memegang kerusi di DUN ini.
"Rata-rata penduduk mengakui bahawa tiada sebarang perubahan yang dibawa DAP malah isu berkaitan tanah TOL juga tidak dapat diselesaikan oleh mereka," katanya ketika ditemui pada Sesi Bertemu Masyarakat Orang Asli di Pos Laryer di sini hari ini.
Tambahnya selain tiga sektor berkenaan dia juga prihatin akan isu dihadapi masyarakat Melayu berhubung rumah mampu milik dan ia akan diketengahkan jika BN berjaya di kerusi Parlimen dan DUN di sini. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Selesaikan Isu Pertanian, Aku Janji Calon BN Buat Masyarakat Tanah Rata
Sekianlah artikel Selesaikan Isu Pertanian, Aku Janji Calon BN Buat Masyarakat Tanah Rata kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selesaikan Isu Pertanian, Aku Janji Calon BN Buat Masyarakat Tanah Rata dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/selesaikan-isu-pertanian-aku-janji.html