Judul : PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN !
link : PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN !
PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN !
KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas kalah dalam kesemua lima kerusi yang ditandingi oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu lalu.
Presidennya, Datuk Teo Chee Kang mengakui kekalahan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen itu adalah satu tamparan hebat kepada parti itu.
"Rakyat Malaysia telah bersuara menerusi undi mereka. Memandangkan mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia mahu perubahan dalam rejim, saya berbincang dengan majoriti ahli Majlis Tertinggi LDP dan konsensus umum adalah undur dan keluar dari BN," katanya dalam kenyataan di sini.
Teo berkata mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti akan diadakan pada jam 8 malam ini bagi mengesahkan keputusan menarik diri dari BN dan menentukan hala tuju parti selepas ini.
Pada PRU14, Rabu lalu, Teo kalah kerusi DUN Tanjung Kapor dalam persaingan lima penjuru dengan majoriti 2,992 undi. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN !
Sekianlah artikel PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/pru14-kalah-di-kesemua-kerusi-ldp-umum.html