Judul : PKR PERLU KELUAR DARI LIBERAL INTERNATIONAL
link : PKR PERLU KELUAR DARI LIBERAL INTERNATIONAL
PKR PERLU KELUAR DARI LIBERAL INTERNATIONAL
Oleh: Ustaz Abu Syafiq
1- Kumpulan dan pembawakan fikrah Liberalisme telah pun difatwakan HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MJFMKBHEAIM) kali 74 pada 25-27 Julai 2006 dan diputuskan bahawa Liberal adalah sesat lagi menyeleweng. Begitu juga Fatwa Selangor dengan perkenan Sultan Selangor telah menjelaskan bahawa pemikiran dan kumpulan Liberalisme dan Pluralisme adalah sesat lagi menyeleweng dan dilarang daripada menyebarkannya. (31.7.2014).
2- Gerakan Liberal ini jelas menyalahi perlembagaan tanah air Malaysia. Namun amat malang terdapat 2 parti tanah air Malaysia yang menjadi ahli yang menerima asas perjuangan Liberal International ini.
Pertama iaitu Parti Gerakan Rakyat Malaysia dari komponen Barisan Nasional yang pernah memerintah Pulau Pinang dan kini masih bersama BN.
Dan satu lagi adalah Parti Keadilan Rakyat PKR yang kini dalam parti komponen Pakatan Harapan yang memerintah Malaysia Baru.
3- Memandangkan PKR yang kini boleh dikatakan memerintah Malaysia secara berkumpulan dan mendominasi komponen Pakatan Harapan bahkan kebanyakan dari MP PKR adalah orang beragama Islam maka adalah wajar mereka menghormati fatwa rasmi dan perlembagaan sedia ada.
Perlembagaan Negara sedia ada bercanggah dengan prinsip utama Liberal International.
4- Kumpulan yang berstatus Ahli Penuh yang paling kuat dalam gerakan Liberal International itu adalah Israeli Liberal Group yang berpusat di Tel Aviv Israel. Merekalah yang menguasai Liberal International. Iaitu ‘Pembunuh’ keatas umat Islam di Palestin.
5- Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan ini meminta agar PKR isytihar keluar secara rasmi dari kumpulan Liberal International tersebut dan terus memerintah Malaysia dengan jayanya menghormati fatwa, rakyat dan perlembagaan. Atas apapun alasan penyertaan PKR dalam Liberal International sebelum ini adalah tidak wajar untuk terus bersama mereka lagi.
Satu sabda Baginda yang mulia menunjukkan besarnya nasihat ini (maksud): “Agama Itu Nasihat” HR Muslim.
Marilah sama-sama kita amalkan.
https://ift.tt/2labgKr
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel PKR PERLU KELUAR DARI LIBERAL INTERNATIONAL
Sekianlah artikel PKR PERLU KELUAR DARI LIBERAL INTERNATIONAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR PERLU KELUAR DARI LIBERAL INTERNATIONAL dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/pkr-perlu-keluar-dari-liberal.html