Judul : Nasihat Syahril A. Kadir kepada Menteri Baru - Elak Perangai Mengalahkan Firaun
link : Nasihat Syahril A. Kadir kepada Menteri Baru - Elak Perangai Mengalahkan Firaun
Nasihat Syahril A. Kadir kepada Menteri Baru - Elak Perangai Mengalahkan Firaun
Oleh : Syahril A. Kadir
MENTERI-MENTERI ni pun manusia biasa biarpun setinggi mana ijazah yang depa ada, apatah lagi yang beli ijazah dalam internet ataupun yang PhD mereka dapat tu, para pegawai yang tolong buatkan, jangan tak tahu hehehe.
Dah nama manusia, kelemahan dan adakalanya 'ketidak-cerdik-kan' pasti ada, macam kita semualah, adakalanya 'kebangangan' tu muncul juga.
Di sinilah peranan Ketua Setiausaha kementerian (KSU), setiausaha-setiausaha bahagian, abang dan kakak PTD, pegawai-pegawai diperlukan. Mereka akan menasihati apa yang patut, do and donts dan sebagainya.
Cuma nasihat abam pada pak menteri dan pegawai2nya yang bakal dilantik tu, janganlah berperangai macam si kudung dapat cincin, cempera tak tentu pasal. Janganlah kerana dok fikir kerjaya ni tak lama maka hangpa akan SAPU sebanyak mungkin khazanah yang ada kat kementerian tu.
Tak perlu awal-awal lagi nak tukar karpet kat ofis, nak tukar pejabat ko macam mahligai dan sebagainya.
Itu belum campur segala kontrak dan tender yang hangpa dah terbayang nak agih kat sedara-mara, kengkawan, anak sendiri, anak pak long, sepupu kepada sepupu kepada dua pupu kepada jiran kepada anak sedara dan sebagainya.
Betul, bukan senang nak dibuktikan sebab hangpa pandai bab cover2 line ni, sebab tu hangpa jadi Menteri.
Dan janganlah sebab tak puas hati dengan KSU (terutama bab duit), sesuka hati je ko minta KSN tukar dan gantikan si polan dengan orang lain, kengkadang sampai tiga, empat KSU ko suruh tukar, perangai ngalahkan firaun!
Jangan risau, benda ni tak pernah berlaku kat Malaysia, ia berlaku di negara bernama Tim Bak Tu - kat Malaysia semua menteri baik-baik hehehe.
Selamat bertugas pada semua Menteri yang sudah dan bakal dilantik.
Ada kerja kosong?
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Nasihat Syahril A. Kadir kepada Menteri Baru - Elak Perangai Mengalahkan Firaun
Sekianlah artikel Nasihat Syahril A. Kadir kepada Menteri Baru - Elak Perangai Mengalahkan Firaun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nasihat Syahril A. Kadir kepada Menteri Baru - Elak Perangai Mengalahkan Firaun dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/nasihat-syahril-kadir-kepada-menteri.html