Minat Ibu Pada Madu, Mendorong Anak Usahakan "Madu Kelulut" Di Jengka 11

Minat Ibu Pada Madu, Mendorong Anak Usahakan "Madu Kelulut" Di Jengka 11 - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Minat Ibu Pada Madu, Mendorong Anak Usahakan "Madu Kelulut" Di Jengka 11, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Minat Ibu Pada Madu, Mendorong Anak Usahakan "Madu Kelulut" Di Jengka 11
link : Minat Ibu Pada Madu, Mendorong Anak Usahakan "Madu Kelulut" Di Jengka 11

Baca juga


Minat Ibu Pada Madu, Mendorong Anak Usahakan "Madu Kelulut" Di Jengka 11


MARAN: Bermula daripada minat ibunya yang gemar memakan madu, Mohd Hurmadi Maamor, anak peneroka Felda Jengka 11, mula menceburi bidang keusahawanan madu kelulut.

Anak muda berusia 27 tahun itu berkata memandangkan harga madu yang agak mahal, beliau mula mengambil inisiatif belajar dengan seorang pengusaha madu di Jerantut dan membeli empat sarang madu kelulut daripada pengusaha itu.

"Emak saya memang suka makan madu, saya nak belikan untuk mak, harga madu ini mahal, jadi saya belajar dengan seorang pengusaha madu...kemudian saya mula membela lebah kelulut di depan rumah saya sendiri," katanya.

Kini, beliau mampu menjual sekitar 200 botol madu setiap bulan dan mula melebarkan perniagaannya kepada produk sabun berasaskan madu kelulut yang diusahakannya seorang diri di rumahnya selain turut berjinak dengan penanaman pokok tin di tanah terbiar di belakang rumahnya.

Mohd Hurmadi adalah antara kisah generasi muda Felda yang gigih berusaha meningkatkan lagi taraf hidup mereka, selepas generasi pertama mendapat peluang menyertai Felda dalam usaha membantu orang Melayu miskin mentransformasikan kehidupan mereka.

Beliau yang baru berkahwin berkata banyak ilmu penjagaan madu kelulut, pembuatan sabun madu kelulut dan penjagaan pokok tin diperoleh daripada kawan-kawan dan Internet.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata beliau dari awal memang tidak berniat meninggalkan Felda dan tidak langsung memikirkan masalah pendapatan sekiranya beliau terus menetap di penempatan itu.

"Asalnya memang saya minat berkebun, orang cakap berbakti kepada tanah ini tak rugi. Tanah di Felda ini banyak. Jadi apalah salahnya kalau kita gunakannya kerana ia menjanjikan pelbagai peluang pendapatan kepada mereka yang bersungguh-sungguh ingin mengusahakannya," katanya.

Beliau kini dalam proses memohon bantuan daripada pihak Felda untuk mendapatkan pembiayaan bagi memperluaskan perniagaannya di peringkat lebih tinggi.

"Kalau dapat pembiayaan ini baru saya boleh fikir untuk pasarkan produk, macam sabun ini, kena dapat kelulusan agensi-agensi tertentu, semuanya pakai duit, insya-Allah sekiranya dapat pembiayaan nanti, bolehlah juga saya fikir untuk buka kedai," katanya.

Beliau yakin, Felda walaupun tanpa penerokaan tanah baharu, menyediakan pelbagai peluang pendapatan bagi generasi baharu yang tidak berniat berhijrah. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Minat Ibu Pada Madu, Mendorong Anak Usahakan "Madu Kelulut" Di Jengka 11

Sekianlah artikel Minat Ibu Pada Madu, Mendorong Anak Usahakan "Madu Kelulut" Di Jengka 11 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Minat Ibu Pada Madu, Mendorong Anak Usahakan "Madu Kelulut" Di Jengka 11 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/minat-ibu-pada-madu-mendorong-anak.html

Subscribe to receive free email updates: