Judul : Kenapa Najib, Rosmah tidak sempat pindahkan harta mereka? Mampukan Rosmah Pecah Rekod Imelda Marcos?
link : Kenapa Najib, Rosmah tidak sempat pindahkan harta mereka? Mampukan Rosmah Pecah Rekod Imelda Marcos?
Kenapa Najib, Rosmah tidak sempat pindahkan harta mereka? Mampukan Rosmah Pecah Rekod Imelda Marcos?
Ada yang pelik kenapa Najib dan Rosmah dilihat seolah-olah tidak bersedia untuk bertindak jika kalah PRU14 dengan memindahkan barangan berharga ke tempat yang lebih selamat dan sukar ditemui Polis.
Malah ada yang menyatakan, dengan jet peribadi PM, beberapa bulan sebelum PRU14, mereka boleh saja memindahkan harta ke luar negara. Sebagai PM, pastinya dengan mudah mereka memindah harta dan dokumen penting tersebut ke luar negara, umpamanya ke negara Kazakhstan.
Setiap kali PRU, Perdana Menteri akan meminta laporan dari pelbagai agensi risikan termasuk Polis, JASA, KEMAS dan Bahagian Penyelidikan dan pelbagai lagi.
Pada PRU14, Najib dikatakan menerima laporan yang menyatakan Barisan Nasional akan menang besar kerana PAS telah termakan umpan yang menyebabkan mereka tidak boleh menyertai Pakatan Harapan.
Akibat mulut telah penuh dedak, PAS bertanding sebanyak mungkin kerusi kononnya ingin menjadi king maker tetapi mereka lupa tindakan itu akan membantu kemenangan BN. Itulah yang diharapkan oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang. Pada Mei 2017, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengakui pertandingan 3 atau 4 penjuru antara parti utama pada PRU14 akan memberi kemenangan kepada BN.
Namun, kuasa Allah melebihi segalanya, BN kalah teruk pada PRU14. Penampilan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ikon pilihan kepada rakyat merupakan salah satu faktor kemenangan. Dengan status Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri yang berjaya mentadbir Malaysia dalam tempoh 22 tahun, PH berjaya menarik hati pengundi untuk memberikan laluan kepada mereka membentuk kerajaan.
Akibat kekalahan yang tidak dijangka itu, maka harta Najib Rosmah tidak sempat dipindahkan. Akhirnya Polis berjaya
Polis merampas 284 kotak berisi beg tangan berjenama dan menyita 72 beg bagasi yang dipenuhi barangan termasuk barang kemas, barang berharga lain dan beg berisi wang tunai pelbagai denominasi.
Pihak Polis masih terus geledah.
Adakah Rosmah mampu memecahkan rekod yang dipegang oleh Imelda Marcos, sama-sama kita tunggu.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Kenapa Najib, Rosmah tidak sempat pindahkan harta mereka? Mampukan Rosmah Pecah Rekod Imelda Marcos?
Sekianlah artikel Kenapa Najib, Rosmah tidak sempat pindahkan harta mereka? Mampukan Rosmah Pecah Rekod Imelda Marcos? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Najib, Rosmah tidak sempat pindahkan harta mereka? Mampukan Rosmah Pecah Rekod Imelda Marcos? dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/kenapa-najib-rosmah-tidak-sempat.html