Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan

Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan
link : Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan

Baca juga


Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan


BENTONG: Tindakan jutawan Tan Sri Mokhzani Mahathir mempertikai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seolah-olah memperkecilkan rakyat yang memerlukan bantuan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata dengan status seorang jutawan Mokhzani yang juga tidak memiliki kedudukan di dalam parti politik tidak mempunyai kredibiliti untuk mempertikaikan bantuan yang diasaskan Barisan Nasional (BN) yang terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat.

"Kalau mereka hendak ketepikan BR1M, suruh Mokhzani sendiri bagi bantuan kepada rakyat yang memerlukan...saya rasa beliau tiada masalah kerana dia banyak duit.

"Semua orang tahu BR1M diterima rakyat dan untuk dia mengatakan BR1M tidak diperlukan rakyat daif...itu disebabkan dia tidak tahu keadaan mereka yang benar-benar daif dan memerlukan bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis bersama rakyat di Dewan Semai Bakti Felda Lurah Bilut di sini hari yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut, Jason Poo Mun Hong.

Mokhzani dilapor berkata demikian dalam ceramahnya di pentas pakatan pembangkang di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah, malam semalam.

Menurut Mokhzani meskipun kerajaan gembira kerana mampu membantu rakyat menerusi BR1M, rakyat sebenarnya lupa bantuan itu menunjukkan mereka tidak mampu menyara kehidupan sendiri.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata kenyataan Mokhzani itu juga seolah-olah memperkecilkan manifesto atau janji pembangkang untuk meneruskan bantuan berkenaan sekiranya berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

"Sebab itu, saya rasa beliau tidak ada kredibiliti dan kedudukan dalam parti untuk memberi hujah begitu," katanya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan

Sekianlah artikel Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hishammuddin: Pertikai "BR1M", Mokhzani "Perkecil" Penerima Bantuan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/hishammuddin-pertikai-br1m-mokhzani.html

Subscribe to receive free email updates: