Judul : Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Sah Di Lantik Sebagai MB Terengganu
link : Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Sah Di Lantik Sebagai MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Sah Di Lantik Sebagai MB Terengganu
KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu pada malam ini.
Ia sekaligus menjadi Kerajaan Negeri kedua selepas Kelantan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Majlis angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Mizan Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin di Istana Kuala Terengganu sebentar tadi.
Berikut adalah senarai Exco Kerajaan Negeri Terenganu yang baharu:
1. Ustaz Saiful Bahri Mamat
2. Dr Haji Alias Razak
3. Ustaz Md Noor Hamzah
4. Dr Azman Ibrahim
5. Dato’ Haji Tengku Hassan Tengku Omar
6. Ustaz Ariffin Deraman
7. Hanafiah Mat
8. Wan Sukairi Wan Abdullah
9. Dr Haji Mamad Puteh
10. Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman
Senator: Datuk Hussein Awang
Speaker: Yahaya Ali
PAS Terengganu berjaya memerintah Terengganu selepas memenangi 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan dalam PRU14.
Bagi kerusi Parlimen, PAS berjaya memenangi 6 daripada 8 kerusi yang dipertandingkan, manakala 2 kerusi menjadi milik BN.
Berikut adalah Biodata Dr. Ahmad Samsuri:
Tarikh Lahir : 16 November 1970
Umur : 48 Tahun
Asal : Jerteh, Besut, Terengganu
Isteri : Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman
Pengajian Tinggi
● PhD (Aeroengine Ignition and Combustion, High Altitude Engine Failure), School of Mechanical Engineering, University of Leeds, UK (2001).
● Masters Of Science in Combustion and Energy. Centre for Combustion Studies, University of Leeds, UK (1996).
● B.Eng. in Mechanical and Materials Engineering Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia (1993).
Pengalaman dalam kerjaya
● Professor in Practice, Universiti Selangor Darul Ehsan (Unisel).
● Professor Madya, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2006-2008.
● Pensyarah, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2001-2006.
● Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM, 2003-2008.
● Pegawai Penyelidik, Fakulti Kejuruteraan, USM, 1994-1995.
● Jurutera Quality Assurance, Hitachi Consumer Products, 1993-1994.
● Bidang Kepakaran: Penganalisis Kejuruteraan Aeroangkasa.
Khidmat kebajikan dan kemasyarakatan
● Penganalis Kejuruteraan Aeroangkasa, Tragedi MH370 dan MH17 di TV1, TV2, Astro Awani, TV Hijrah, Bernama TV, Radio lKlM.fm.
● Penasihat, Jawatankuasa Bidang Strategik (Aeroangkasa) Kementerian Pengajian Tinggi (Penasihat kepada Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi): Feb 2007-Jan 2009.
● Pengerusi, Jemaah Dekan Program Aeroangkasa, Kementerian Pengajian Tinggi. Malaysia: Feb 2007-Jan 2009.
● Ketua Delegasi Teknikal IPTA Malaysia. Jawatankuasa Kebangsaan Panel Program Aeroangkasa ke China (China National Space Agency) Korea (Korean Space Agency) Jepun (Japan Space and Exploration Agency).
● Mewakili IPTA Malaysia ke Persidangan National Aeronautics and Astronautics (Nasa)
International Conference, Washington, 2006.
Pencapaian
● Anugerah Penyelidik Cemerlang Universiti Putra Malaysia, 2005.
● Anugerah Pencapaian Khas, dari Federal Agency for Industry (ROSPROM), Russian Federation: 54th World Exhibition of Innovation, Research & NewTechnologies, Brussels, 2005.
● Pingat Emas, 54th World Exhibition of Innovation, Research & New Technologies, Brussels, 2005.
● Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2003.
● Anugerah Khidmat Cemerlang, Universiti Putra Malaysia 2004.
#sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Sah Di Lantik Sebagai MB Terengganu
Sekianlah artikel Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Sah Di Lantik Sebagai MB Terengganu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Sah Di Lantik Sebagai MB Terengganu dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/dr-ahmad-samsuri-mokhtar-sah-di-lantik.html