Berpantang Bukanlah Halangan Untuk Calon BN Luit Berkempen

Berpantang Bukanlah Halangan Untuk Calon BN Luit Berkempen - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berpantang Bukanlah Halangan Untuk Calon BN Luit Berkempen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berpantang Bukanlah Halangan Untuk Calon BN Luit Berkempen
link : Berpantang Bukanlah Halangan Untuk Calon BN Luit Berkempen

Baca juga


Berpantang Bukanlah Halangan Untuk Calon BN Luit Berkempen


MARAN: Meskipun berada dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anak kedua pada 30 Mac lalu, namun ia tidak menghalang calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit untuk turun padang berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malah menurut Nur Hidayah Mohd Shahaimi, 35 yang merupakan penyandang bagi DUN berkenaan, gerak kerjanya telah dilakukan seminggu selepas melahirkan bayi perempuannya Naura Farisha Ahmad Faizal bagi mengekalkan kemenangan BN.

"Walaupun terpaksa mengejar waktu antara kempen dan menjaga anak, ia tidak menghalang saya untuk turun berkempen. Saya tidak boleh menggunakan situasi itu untuk berehat dan menjaga bayi sahaja sedangkan jentera parti bertungkus lumus berkempen.

"Saya juga perlu bekerja keras kerana pada PRU lalu hanya menang dengan majoriti 401 undi dan untuk PRU14 kami bertekad meningkatkan majoriti dan percaya boleh dicapai bersandarkan pelbagai gerak kerja yang diatur sejak empat tahun yang lalu.

Beliau yang juga ibu kepada Ahmad Farish Fathi Ahmad Faizal, setahun, bersyukur kerana mempunyai jentera parti yang tidak pernah putus-putus membantunya dan faham pada waktu tertentu apabila terpaksa pulang untuk menyusukan anak selain bertemu doktor.

Dalam masa yang sama, katanya, kunjungan Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil baru-baru ini juga telah memberikan semangat kepadanya untuk berusaha lebih kuat bagi mengekalkan kemenangan BN.

Berkelulusan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, Nur Hidayah akan ditentang calon PAS Mohd Sofian Abd Jalil dan calon PKR Rosli Amin. #sumber



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Berpantang Bukanlah Halangan Untuk Calon BN Luit Berkempen

Sekianlah artikel Berpantang Bukanlah Halangan Untuk Calon BN Luit Berkempen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berpantang Bukanlah Halangan Untuk Calon BN Luit Berkempen dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/05/berpantang-bukanlah-halangan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: