Wan Solihin: Liga-M, Marcerra United FC Punca Kuantan FA Di Gugurkan

Wan Solihin: Liga-M, Marcerra United FC Punca Kuantan FA Di Gugurkan - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Solihin: Liga-M, Marcerra United FC Punca Kuantan FA Di Gugurkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Solihin: Liga-M, Marcerra United FC Punca Kuantan FA Di Gugurkan
link : Wan Solihin: Liga-M, Marcerra United FC Punca Kuantan FA Di Gugurkan

Baca juga


Wan Solihin: Liga-M, Marcerra United FC Punca Kuantan FA Di Gugurkan


KUANTAN: Timbalan Presiden Kuantan FA, Datuk Wan Solihin Wan Hassan menunding jari kepada penaja utama musim ini, Marcerra United FC sehingga skuadnya digugurkan daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Dakwa Wan Solihin, sepatutnya Marcerra yang bertanggungjawab dalam pengurusan Kuantan FA termasuk gaji pemain seperti mana yang berada dalam kontrak.

"Saya rasa seperti sudah ditipu Marcerra sejak awal lagi dan ada sahaja alasan daripada mereka ketika masalah dokumen pendaftaran pemain timbul. Ada sahaja alasan mereka.

"Sejak masalah gaji timbul sebaik sahaja sepak mula musim ini, saya memang merancang untuk mengambil balik Kuantan FA dan sedang berurusan dengan penaja baharu untuk menyelesaikan masalah gaji ini.

"Saya dah nak terima duit daripada pembiaya. Tetapi bila keputusan (digugurkan daripada Liga Malaysia) saya tidak boleh buat apa.

"Kami jadi mangsa," ujarnya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut Wan Solihin, keputusan pemain tidak hadir pada perlawanan bertemu PDRM, Ahad lalu di Stadium Shah Alam dalam aksi Liga Premier di luar pengetahuannya.

"Saya tidak dimaklumkan pemain tidak mahu turun bermain. Ketika itu saya selama seminggu berada di Kuala Lumpur sedang berurusan untuk menyelesaikan masalah gaji mereka.

"Saya memang kesiankan pasukan tetapi saya boleh buat apa apabila FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) sudah dibuat keputusan.

"Saya tidak akan lari kerana akan cuba menyelesaikan masalah musim lalu sahaja. Masalah musim ini (gaji dan sebagainya) pihak Marcerra perlu bertanggungjawab," jelasnya.

Pada Sabtu, MFL memutuskan untuk menggugurkan Kuantan FA dalam saingan Liga-M 2018 berkuatkuasa serta-merta. Ia dibuat selepas mendapati pasukan terbabit melanggar peraturan pertandingan dan perlembagaan MFL kerana tidak hadir dalam perlawanan.

Dalam pada itu, Marcerra menerusi sebuah syarikat khas milik Datuk Seri Dr Feardaus Khairuddin mengambil alih skuad Kuantan FA dengan persetujuan melunaskan semua hutang kelab itu yang berjumlah RM3.5 juta.

"Pelupusan hutang Kuantan FA seperti jumlah yang dipersetujui adalah teras kepada persetujuan pengambil alih pasukan oleh Marcerra United.

"Sebagai ganti Marcerra mendapat lesen bertanding dalam Liga Premier atas nama Mercerra Kuantan FA dan diluluskan MFL (sebelum ini FMLLP)," jelas Feardaus selaku presiden Marcerra dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Wan Solihin: Liga-M, Marcerra United FC Punca Kuantan FA Di Gugurkan

Sekianlah artikel Wan Solihin: Liga-M, Marcerra United FC Punca Kuantan FA Di Gugurkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Solihin: Liga-M, Marcerra United FC Punca Kuantan FA Di Gugurkan dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/wan-solihin-liga-m-marcerra-united-fc.html

Subscribe to receive free email updates: