Judul : Walau Pun RUU 355 Tak Di Bahas, PAS "Puas Hati" Di Beri Perhatian !
link : Walau Pun RUU 355 Tak Di Bahas, PAS "Puas Hati" Di Beri Perhatian !
Walau Pun RUU 355 Tak Di Bahas, PAS "Puas Hati" Di Beri Perhatian !
KUALA LUMPUR: PAS berpuas hati walaupun usul Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) sekali lagi tidak dibahaskan di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan berkata walaupun usul itu tidak dibahas ia tidak akan menjejaskan kedudukan partinya pada pilihan raya akan datang.
Dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat, usul Hadi dijadualkan dibahas hari ini. Tetapi sidang ditangguhkan selepas usul Kementerian Kewangan tentang Akta Tatacara Kewangan dibahaskan.
“Kami berpuas hati. Kami sudah melaksanakan tanggungjawab membawa usul mencadangkan pindaan itu,” kata Takiyuddin pada sidang akhbar bersama Ahli Parlimen PAS lain di Parlimen.
Usul itu mencadangkan pindaan pada Akta 355 untuk hukuman lebih berat dikenakan ke atas pelaku kesalahan syariah.
Tahun lepas, usul Hadi diberi keutamaan daripada urusan kerajaan, dan beliau berpeluang untuk mencadangkan usul itu yang disokong Takiyuddin.
Bagaimanapun, perdebatan tidak berlaku dan kekecohan tercetus apabilaspeaker menangguh persidangan susulan usul daripada Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Hari ini hari terakhir Dewan Rakyat bersidang dan dijangka hari terakhir Parlimen Ke-13 yang dijangka dibubarkan esok. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Walau Pun RUU 355 Tak Di Bahas, PAS "Puas Hati" Di Beri Perhatian !
Sekianlah artikel Walau Pun RUU 355 Tak Di Bahas, PAS "Puas Hati" Di Beri Perhatian ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Walau Pun RUU 355 Tak Di Bahas, PAS "Puas Hati" Di Beri Perhatian ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/walau-pun-ruu-355-tak-di-bahas-pas-puas.html