Judul : Tun Mahathir Dakwa 'JPPM' Bubar Sementara PPBM Kerana PM Najib Takut Kami !
link : Tun Mahathir Dakwa 'JPPM' Bubar Sementara PPBM Kerana PM Najib Takut Kami !
Tun Mahathir Dakwa 'JPPM' Bubar Sementara PPBM Kerana PM Najib Takut Kami !
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa pembubaran sementara PPBM kerana kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut kepada parti yang diketuainya.
Pengerusi PPBM itu berkata, Najib hanya “menumpukan” PPBM kerana parti itu mampu menarik sokongan orang Melayu daripada Umno.
“Saya bimbang kita kehilangan demokrasi dan hak untuk memilih pemimpin menerusi pilihan raya. Kita tahu dia menumpukan untuk menakutkan PPBM berbanding parti lain.
“Dia paling takut dengan PPBM. Mana saya pergi, dia akan pergi selepas itu dan memberikan ‘hadiah’,” katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary hari ini.
Semalam, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengeluarkan perintah pembubaran sementara kepada PPBM dengan memberi 30 hari untuk melengkapkan butiran diperlukan atau berdepan pembubaran secara mutlak.
Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim dilaporkan berkata, perintah itu dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 dan PPBM tidak dibenarkan menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh 30 hari pembubaran sementara itu.
Katanya, pembubaran sementara itu disebabkan kegagalan PPBM menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta menerusi notis statutori di bawah Seksyen 14 (2) yang dikeluarkan kepada parti itu pada 28 Februari lalu, merujuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.
Ia susulan aduan ahli parti itu mengenai perhimpunan agung tahunan (AGM) pertamanya pada Disember lalu.
Isu berkaitan pendaftaran PPBM menjadi penghalang kepada pendaftaran Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan rasmi, bersama PKR, DAP dan Amanah untuk bertanding di bawah 1 lambang bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
Mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang Dr Mahathir tidak mampu mencetuskan “Tsunami Melayu”, bekas perdana menteri itu memberi contoh ceramah PH, termasuk di kawasan Felda yang merupakan kubu kuat BN dan dihadiri orang ramai.
“Di ceramah kita, anda tidak akan nampak mana-mana bas, tetapi jika ada tengok ceramah Najib, anda akan lihat bas dan kerusi disusun dengan baik, tetapi kita juga lihat menerusi gambar, ada juga kerusi yang kosong.”
Katanya, walaupun PPBM dibubarkan sementara, tiada ahli PPBM yang akan menyertai parti komponen PH.
“Jika kita diharamkan, kita tak boleh cakap kita dari PPBM semasa kita bertanding, tetapi 52 kerusi itu masih lagi milik kita. Ahli parti kita akan bertanding secara individu menerusi 1 logo yang sama,” katanya.
Pengerusi PH itu yakin calon PPBM akan mendapat surat pelantikan calon daripada rakan komponen PH yang akan didedahkan malam ini. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Tun Mahathir Dakwa 'JPPM' Bubar Sementara PPBM Kerana PM Najib Takut Kami !
Sekianlah artikel Tun Mahathir Dakwa 'JPPM' Bubar Sementara PPBM Kerana PM Najib Takut Kami ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir Dakwa 'JPPM' Bubar Sementara PPBM Kerana PM Najib Takut Kami ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/tun-mahathir-dakwa-jppm-bubar-sementara.html