Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN !

Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN !
link : Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN !

Baca juga


Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN !


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) boleh memanipulasi undi pilihan raya susulan kelemahan sistem pengundian awal dan pos yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sistem berkenaan masih diragui pelaksanannya khususnya membabitkan pengundian kakitangan awam dan pegawai kerajaan.

“Sepatutnya ketika pengundian dibuat, ia perlu dipantau parti-parti terlibat termasuk parti lawan.

“Tapi sekarang, bilangan undi awal sudah menjadi lebih tanpa diketahui jumlah sebenar dan mungkin jumlahnya 400,000 atau lebih atau berkemungkinan boleh mencecah 1 juta pengundi pos.

“Perjalanan peti ini juga kita tidak tahu, dan peluang Kerajaan Umno-BN untuk menipu sangat tinggi.

“Jika ia terjadi, ini boleh menjadi ibu segala penipuan pilihan raya di Malaysia,” katanya pada sidang media bersama pimpinan Pakatan di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, petang ini.

Sebelum ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar turut mendedahkan wujudnya kebarangkalian berlakunya penipuan undi pos membabitkan kemudahan pengundian pos kepada Skim Anggota Keselamatan Dan Kesihatan.

Nurul Izzah turut mempersoalkan kredibiliti dan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pola pengundian dikawal selepas proses peralihan pengundian dan persempadanan baru dilaksanakan.

Pada masa sama, terdapat dakwaan daripada pihak tertentu yang mendedahkan penjawat awam yang membuat pengundian menerusi undian awal dan pos ‘diarah’ untuk memangkah calon daripada Kerajaan Pemerintah. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN !

Sekianlah artikel Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Dr Mahathir: PRU14 Bakal Jadi "Ibu Segala Penipuan" UMNO-BN ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/tun-dr-mahathir-pru14-bakal-jadi-ibu.html

Subscribe to receive free email updates: