Tembikai Dari Kampung Ubai Kini Berjaya "Tembusi" Pasaran Dubai

Tembikai Dari Kampung Ubai Kini Berjaya "Tembusi" Pasaran Dubai - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tembikai Dari Kampung Ubai Kini Berjaya "Tembusi" Pasaran Dubai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tembikai Dari Kampung Ubai Kini Berjaya "Tembusi" Pasaran Dubai
link : Tembikai Dari Kampung Ubai Kini Berjaya "Tembusi" Pasaran Dubai

Baca juga


Tembikai Dari Kampung Ubai Kini Berjaya "Tembusi" Pasaran Dubai


KUANTAN: Jika sebelum ini durian Musang King, nangka madu dan manggis dari negeri ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa sehingga ke China dan Eropah, kali ini tembikai dari Ubai, Pekan pula memasuki pasaran Dubai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif berkata Kampung Ubai dipilih sebagai lokasi pelancaran ‘Tembikai Dari Ubai Ke Dubai’ kerana ia merupakan kawasan penanaman utama tembikai di Pahang.

“Kampung ini telah menjalankan aktiviti penanaman tembikai sejak 30 tahun lalu dan seramai 38 orang penduduk di sini terlibat dalam penanaman buah tersebut di kawasan seluas hampir 29 hektar.

“Bagi peringkat permulaan, kita akan mengeksport sebanyak 80 tan metrik buah tembikai dari sini ke Dubai dengan empat kali penghantaran sebulan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program ‘Tembikai Dari Ubai ke Dubai’ di Balai Raya Kampung Ubai di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Mansor Omar dan Pengarah Jabatan Pertanian Pahang Yusof Sultan.

Shafik Fauzan berharap program itu dapat menarik lebih ramai penduduk terutamanya golongan muda untuk terlibat dalam bidang pertanian bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

“Program ini juga diharap dapat memberi impak berganda kerana ia merupakan projek sentuhan kerajaan kepada rakyat melalui pertanian sekali gus menyumbang kepada meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya.

Beliau turut berharap program tersebut akan dapat menjadi satu lagi ikon tarikan untuk daerah Pekan. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Tembikai Dari Kampung Ubai Kini Berjaya "Tembusi" Pasaran Dubai

Sekianlah artikel Tembikai Dari Kampung Ubai Kini Berjaya "Tembusi" Pasaran Dubai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tembikai Dari Kampung Ubai Kini Berjaya "Tembusi" Pasaran Dubai dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/tembikai-dari-kampung-ubai-kini-berjaya.html

Subscribe to receive free email updates: