Syed Faiz: PRU, PAKP Bakal Tampil 10 Calon Bebas DUN Peramu Jaya !

Syed Faiz: PRU, PAKP Bakal Tampil 10 Calon Bebas DUN Peramu Jaya ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Faiz: PRU, PAKP Bakal Tampil 10 Calon Bebas DUN Peramu Jaya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Faiz: PRU, PAKP Bakal Tampil 10 Calon Bebas DUN Peramu Jaya !
link : Syed Faiz: PRU, PAKP Bakal Tampil 10 Calon Bebas DUN Peramu Jaya !

Baca juga


Syed Faiz: PRU, PAKP Bakal Tampil 10 Calon Bebas DUN Peramu Jaya !


PEKAN:  Selepas hasrat untuk melihat calon muda bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya dipandang sepi, PAKP membuat keputusan untuk meletakkan 10 orang calon muda bertanding di atas tiket bebas di DUN berkenaan.
Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, ia merupakan satu keputusan penting bagi mengisi keperluan pada masa ini untuk menampilkan calon muda termasuk dirinya yang dapat memberi nafas baru sekaligus merealisasikan impian melihat kepimpinan berubah dan lebih ‘segar’.
Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambilkira andaian calon yang diketengahkan oleh setiap parti yang bertanding masih muka-muka lama dan tua serta tiada perubahan terutamanya kepada generasi muda.
“Jangan gunakan sentimen tua dan pengalaman sebagai satu cara untuk memastikan diri masih relevan bertanding sedangkan orang muda juga mempunyai kualiti sendiri.
“Katanya lagi, bila lagi anak muda dapat belajar, dapat timba pengalaman jika orang-orang tua ini enggan melepaskan kuasa yang ada malah sanggup menolak peluang calon muda yang turut layak dan ada kualiti, takkan semua nak tunggu ‘mati dalam jawatan’ sebab tak nak bagi orang muda pikul tanggungjawab?, soalnya".
"Syed Faiz berkata, penyertaannya bersama 9 orang calon muda yang dipilih atas kredibiliti istimewa masing-masing dengan memegang tiket bebas adalah suatu bentuk protes atau suara yang dibawa hasil luahan anak muda sendiri.
“Saya hendak nyatakan dengan jelas, secara peribadi saya bukan seorang yang gila pada kuasa dan kedudukan, semua pihak perlu bijak untuk bezakan antara orang politik dan golongan NGO yang banyak tumpu kepada kerja-kerja masyarakat.
“Kalau betul saya ni tumpu atau kejar kuasa, mengapa saya tidak duduk dalam parti politik? Ambil bahagian dalam pemilihan parti? Ikut sahaja apa kehendak dan permainan dalam politik? Soalnya lagi.
“Saya orang berniaga, saya lebih gemar dengan kerja-kerja masyarakat, apa sahaja yang dilakukan tidak terpalit dengan nama parti malah bebas menyuarakan pandangan dan pendapat sendiri, saya sampai ini hari tak mendaftar ahli mana-mana parti politik, saya taknak 'telur' saya dipegang. Jadi tidak sepatutnya ada salah anggap bahawa saya membawa agenda peribadi sedangkan apa yang diperjuangkan kini adalah suara dan kehendak mewakili orang muda.
“Apa yang benar-benar ingin dilihat oleh saya dan majoriti anak muda di DUN Peramu Jaya kini ialah calon yang ditampilkan adalah orang muda, berkualiti dan berkaliber. Kita tak kisah calon muda dari parti mana sekalipun, PAKP akan memberi sokongan penuh. Kita tak akan berdiam diri sehingga hasrat ini berjaya dicapai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi,” katanya.
Syed Faiz berkata, apa yang dinyatakan bukan satu ugutan atau janji tetapi ini adalah satu kepastian yang akan diambil sekiranya mana-mana parti politik masih tidak menyahut perubahan yang diutarakan sebelum ini.
"Saya tidak akan buat keputusan bertanding sebagai calon bebas bersama 9 orang lagi calon muda lain jika saya tidak memikirkan masa depan generasi muda sendiri.
"Cuba fikir, mengapa saya perlu merancang untuk membuang masa, duit dan tenaga? Adakah anda ingat kerja politik tak mengeluarkan sebarang kos? Banyak peruntukan sendiri yang perlu dibelanjakan termasuk deposit untuk bertanding, bahan-bahan sepanjang berkempen serta semua kos untuk merayu undi dan bertemu pengundi.
"Mengapa saya sanggup bazirkan duit sedangkan saya sendiri tak menaruh harapan yang tinggi untuk menang. Apa yang saya ingin sampaikan ialah hasrat agar pihak-pihak berkaitan sedar mengenai kepentingan meletakkan calon muda di kawasan tersebut.
"Saya boleh ambil langkah mudah dengan berdiam. jadi tak perlu buang masa, duit dan tenaga. Tapi saya dengar suara rakyat, saya bawa misi nak naikkan kedudukan generasi muda agar turut bersama-sama dengan pengundi. Itulah niat saya.
“Saya ingin mengingatkan pengundi bahawa individu yang yang bakal menggalas tangggungjawab dan menerima amanah ialah mereka yang mewakil rakyat, bukan parti. Mereka akan bekerja untuk rakyat, bukan parti yang bekerja untuk rakyat kerana parti hanyalah nama. Sejarah dah tertulis banyak dikalangan orang politik tak tetap pendirian dan boleh melompat-lompat parti.
Ingatan turut diberikan kepada wakil-wakil politik agar tidak berasa terlalu selesa malah lupa diri dengan jawatan yang dipegang mereka. Pada yang telah sampai umur bersara dalam kerjaya juga tidak seharusnya menyambung keinginan menjadi ahli politik pula, malah tiada apa yang dapat disumbang selain mahukan kuasa sehingga menutup laluan anak muda.
“Jangan rasa terlalu selesa dengan segala kerja yang dah dibuat sebelum ini dan menjadikan ia sebagai modal untuk terus kekalkan diri dalam jawatan. Itu sememangnya tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat, bukan parti yang beri jawatan itu kekal selama-lamanya.
“Penentunya adalah rakyat, jadi suara rakyat paling penting untuk diambil kira. Sama dengan apa yang telah kita suarakan iaitu mahukan calon muda yang akan memenuhi keperluan pengundi terutamanya peratusan pengundi muda di bawah DUN Peramu Jaya pada PRU 14 tidak lama lagi, ”akhirinya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Syed Faiz: PRU, PAKP Bakal Tampil 10 Calon Bebas DUN Peramu Jaya !

Sekianlah artikel Syed Faiz: PRU, PAKP Bakal Tampil 10 Calon Bebas DUN Peramu Jaya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Faiz: PRU, PAKP Bakal Tampil 10 Calon Bebas DUN Peramu Jaya ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/syed-faiz-pru-pakp-bakal-tampil-10.html

Subscribe to receive free email updates: