'Sistem Demokrasi Malaysia' Bakal Musnah Jika Pakatan Menang PRU

'Sistem Demokrasi Malaysia' Bakal Musnah Jika Pakatan Menang PRU - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Sistem Demokrasi Malaysia' Bakal Musnah Jika Pakatan Menang PRU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Sistem Demokrasi Malaysia' Bakal Musnah Jika Pakatan Menang PRU
link : 'Sistem Demokrasi Malaysia' Bakal Musnah Jika Pakatan Menang PRU

Baca juga


'Sistem Demokrasi Malaysia' Bakal Musnah Jika Pakatan Menang PRU


KUALA LUMPUR: Sistem demokrasi Malaysia bakal hancur jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan membentuk Kerajaan Persekutuan.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad ketika memberi amaran itu berkata, ia sudah pun terbukti apabila PH membantah PAS bertanding 160 kerusi Parlimen dan menuduh PAS sebagai pengkhianat.

Tegas beliau, berdasarkan amalan demokrasi, menjadi hak kepada mana-mana parti politik bertanding mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)

“Manakah laungan kebebasan bersuara dan berpolitik yang sering dilaungkan? Bagi mereka apa sahaja arahan dan strategi mereka wajib diikuti. Kalau tidak ikut dianggap pengkianat.

“Sekiranya inilah watak dan pembawaan yang dibawa, kalau sekiranya memerintah negara, jahanam dan akan musnah sistem demokrasi. Tidak memerintah pun sudah tunjuk belang,” katanya.

Idris dalam satu kenyataan seterusnya mengajukan soalan berikut kepada PH: “Antara PAS dengan parti-parti dalam PH, siapakah yang ditubuhkan terlebih dahulu?”

Kata beliau, tarikh penubuhan PAS ialah pada 24 November 1951 sedangkan DAP pada 18 Mac 1966 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 4 April 1999.

“Parti Amanah Negara (PAN) pada 16 September 2015, manakala Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 8 September 2016,” katanya.

Justeru, katanya, adalah tidak benar apabila PH pula menuduh PAS yang konon memecahbelahkan pembangkang.

Idris mengingatkan PAS sudah lama melawan BN dan sebahagian besar pemimpin BN yang dilawan itu kini bersama-sama dengan PH pula.

Menurut beliau, pemimpin BN terbabit menyertai PH kerana tidak cukup dengan kemewahan dimiliki dan permintaan mereka ditolak BN sedia ada.

“Almaklumlah biasa makan daging, tiba-tiba makan ikan sepat kering mengamuklah,” sindirnya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel 'Sistem Demokrasi Malaysia' Bakal Musnah Jika Pakatan Menang PRU

Sekianlah artikel 'Sistem Demokrasi Malaysia' Bakal Musnah Jika Pakatan Menang PRU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Sistem Demokrasi Malaysia' Bakal Musnah Jika Pakatan Menang PRU dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/sistem-demokrasi-malaysia-bakal-musnah.html

Subscribe to receive free email updates: