Judul : Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah
link : Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah
Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur hari ini enggan mengulas isu penahanan Ketua Umno Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar yang ditahan positif dadah di sebuah kelab malam Isnin lalu.“Saya tak nak beri kenyataan banyak, ‘no’ komen,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.
Semalam Rizalman mendakwa dirinya diperangkap selepas keputusan ujian air kencing menunjukkan beliau positif dadah.Rizalman terkejut dengan keputusan ujian itu dan menafikan mengambil dadah termasuk semasa di kelab itu.
“Saya menafikan sekerasnya terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti mana yang dilaporkan. Kalau betul laporan yang mengatakan ujian air kencing positif, saya yakin ia adalah satu perangkap ke atas diri saya yang bertujuan untuk merosakkan nama baik saya,” katanya.
“Saya syak kemungkinan isu yang berlaku ini lebih kepada agenda politik, sama ada siapa yang lakukan saya tidak pasti.“Tapi cara operasi itu dilaksanakan sangat spesifik dan saya terus di bawa ke IPD Dang Wangi,” katanya.Menurutnya, beliau hanya “ambil kopi” bersama rakan lain dan tiada minuman keras disajikan.
Mazlan sebaliknya berkata fokus sidang media hari ini khusus kepada kejayaan polis Kuala Lumpur menumpas sindiket makmal syabu.Katanya, sebuah makmal memproses dadah sintetik jenis methamphetamine atau syabu bernilai RM10.46 juta yang berselindung di sebalik sebuah stor dalam bengkel barang perabot lama berjaya ditumpaskan polis dalam serbuan pada Ahad lalu.
Stor itu dipercayai beroperasi sejak 5 bulan lalu dan dijaga pemuda berusia 27 tahun dan 4 ekor anjing untuk menghidu sebarang gerakan mencurigakan di luar premis sebagai langkah melindungi kegiatan sindiket daripada dikesan pihak berkuasa.
Mazlan berkata, hasil pemeriksaan sekitar pukul 2.00 petang mendapati premis dijadikan makmal haram untuk memproses syabu.
“Hasil pemeriksaan berjaya merampas syabu mentah seberat 77.41kg, serbuk ephedrine (125.95kg) dan menemui 8 bekas yang digunakan untuk memproses bahan mentah sehingga dijadikan ais syabu.“Turut dirampas bahan kimia alkohol iso propyl toluene, metanol, alat penimbang, penapis plastik, balang dan bikar kaca, lebih 6 dapur induksi elektrik dan dapur kukus elektrik,” katanya.
Ujian saringan awal polis mendapati suspek positif syabu dan direman bermula 2 hingga 8 April ini.Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahannya.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah
Sekianlah artikel Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Kuala Lumpur Enggan Ulas Isu Datuk Rizalman Positif Dadah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/polis-kuala-lumpur-enggan-ulas-isu.html