[PENGERUSI TIDAK BERTANDING] UMNO P.Pinang MENGALAMI KRISIS

[PENGERUSI TIDAK BERTANDING] UMNO P.Pinang MENGALAMI KRISIS - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PENGERUSI TIDAK BERTANDING] UMNO P.Pinang MENGALAMI KRISIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PENGERUSI TIDAK BERTANDING] UMNO P.Pinang MENGALAMI KRISIS
link : [PENGERUSI TIDAK BERTANDING] UMNO P.Pinang MENGALAMI KRISIS

Baca juga


[PENGERUSI TIDAK BERTANDING] UMNO P.Pinang MENGALAMI KRISIS

PRU14 | Keputusan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman untuk tidak bertanding dalam PRU ke-14 menimbulkan spekulasi parti itu berdepan krisis di negeri itu.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, apatah lagi pengumuman mengejutkan itu ketika lawatan Datuk Seri Najib Razak di sana.
Beliau mempersoalkan waktu pengumuman dibuat di saat PRU ke-14 - dikatakan ibu segala pilihan raya - akan berlangsung tiga minggu dari sekarang.
Baginya, ia memberikan petanda ada sesuatu berlaku dalam kepimpinan Umno Pulau Pinang memandangkan Zainal adalah tokoh veteran dan diberi tanggungjawab menjaga hak Melayu di negeri itu.
"Namun mesej yang disampaikannya menunjukkan Umno dan BN tiada keyakinan untuk merampas semula Pulau Pinang," katanya (gambar) kepada Malaysiakini.
"Saya percaya Zainal boleh melihat sendiri kerajaan negeri, melalui PKR, telah berjaya menjaga kedudukan Melayu di Pulau Pinang.
"Beliau juga boleh melihat hak Melayu di negeri itu dijamin dan dijaga sepanjang sepuluh tahun pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN)," katanya lagi.
Saifuddin mengucapkan selamat maju jaya kepada Zainal dan berkata "PKR sentiasa mengamalkan pendekatan terbuka" jika beliau mengubah arah politiknya.
Ketika mengiringi Najib di Balik Pulau semalam, Zainal mengeluarkan kenyataan media mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya kali ini.
Karakter yang baik
Zainal berkata telah memaklumkan hasratnya kepada Najib sejak dua tahun lalu dan mencadangkan 'muka baru' dicalonkan di kerusi parlimen Nibong Tebal.
PKR menang di Nibong Tebal pada PRU 2008 dan 2013. Kerusi itu disandang Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.
Pada 2013, Zainal yang juga bekas timbalan menteri tewas dengan Mansor dengan perbezaan 8,598 undi.
Saifuddin yang juga penasihat strategik Ketua Menteri sementara Lim Guan Eng berkata Zainal memiliki karakter yang baik, walau mungkin kurang agresif untuk menempuhi perkembangan sekarang dalam Umno dan BN.
"Parti itu kini berdepan masa sukar, selepas pertentangan antara Najib dan bekas perdana menteri dan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya. - MK


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel [PENGERUSI TIDAK BERTANDING] UMNO P.Pinang MENGALAMI KRISIS

Sekianlah artikel [PENGERUSI TIDAK BERTANDING] UMNO P.Pinang MENGALAMI KRISIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PENGERUSI TIDAK BERTANDING] UMNO P.Pinang MENGALAMI KRISIS dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/pengerusi-tidak-bertanding-umno-ppinang.html

Subscribe to receive free email updates: