PAS Ambil Alih Kerja UMNO, Hadi Awang Sudah Setaraf Anuar Musa

PAS Ambil Alih Kerja UMNO, Hadi Awang Sudah Setaraf Anuar Musa - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Ambil Alih Kerja UMNO, Hadi Awang Sudah Setaraf Anuar Musa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Ambil Alih Kerja UMNO, Hadi Awang Sudah Setaraf Anuar Musa
link : PAS Ambil Alih Kerja UMNO, Hadi Awang Sudah Setaraf Anuar Musa

Baca juga


PAS Ambil Alih Kerja UMNO, Hadi Awang Sudah Setaraf Anuar Musa


PAS hilang arah dalam musim kempen pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini bilamana secara terang jadi perkakas UMNO-BN menyebar dakyah karut marut memburukkan DAP supaya rakyat menjauhi parti cap roket ini.

Kita juga hairan, entah mengapa pada kali ini, PAS berubah nada bertukar warna – PAS sekarang bukan PAS yang dulu, berahi menjatuhkan kleptokrasi UMNO dalam pilihan raya  sudah terbantut. Gerak tindak PAS saat ini malah mengukuhkan lagi penguasaan parti yang bukan sedikit terpalit najis rasuah itu sehingga mahsyur diseluruh ceruk dunia.

Yang tak berubah adalah nasib DAP – bukan tentang menang atau tidak kerusi yang dipertaruh tetapi terus menjadi kambing hitam mangsa pelbagai dakwaan palsu sentimen perkauman, bertujuan menakut-nakutkan rakyat Malaysia khususnya pengundi Melayu.

Jika PRU13, tentera upahan dan pencacai UMNO-BN giat menyebar dakyah palsu mengaitkan Lim Kit Siang anti-Islam, anti-Melayu, komunis, pencetus tragedi 13 Mei 1969, mahu Malaysia menjadi negara Kristian dan segala macam tuduhan subversif palsu; kini tugas itu digalas oleh pemimpin PAS sendiri.

Lihat sahaja kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam tulisannya baru-baru ini mendakwa beliau ‘tercium’ usaha DAP mahu merobek Perlembagaan Persekutuan; merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-Raja Melayu.

“Saya tercium betapa DAP mendapat bayangan kalangan mereka itu, menjadikannya sangat galak berjuang merobek Perlembagaan Persekutuan, mendesak supaya merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-Raja Berperlembagaan secara senyap dan sindiran,” kata Hadi dalam tulisannya.

Pemikiran dan lenggok Presiden PAS itu kini nampaknya kurang-lebih sama dengan Ketua Penerangan UMNO seperti Annuar Musa yang sebelum ini galak menyerang DAP dan Lim Kit Siang dengan pelbagai dongeng serta imiginasi melampau. Pengikut dan penyokong PAS seharusnya berasa malu apabila Hadi selaku pemimpin akbar mereka mengikuti jejak kempen bertaraf rendah sedemikian.

Walhal, semasa menjadi rakan tahaluf siyasi, PAS bukannya tidak tahu bahawa DAP jelas akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan segala jaminan malah telah banyak kali menegaskannya dalam manifesto dan deklarasi parti!

Maka tidak hairan apabila Hadi dianggap sebagai berkhayal oleh tokoh Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari yang kesal kerana penyandang Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya bersama gerakan massa menentang UMNO-BN dan bukan menjadi penyambung hayat parti Najib itu.

Saya ingin bertanya soalan kepada Hadi, apakah yang menyebabkan seseorang yang diangkat sebagai Tuan Guru dan ‘ulam’a seperti beliau ini mengjadi terlalu galak menyerang DAP seperti pemimpin dan pencacai upahan UMNO yang lain?

Adakah kempen yang disifatkan menyemai ketakutan dan kebencian perkauman dan agama ini  sikap yang wajar ditunjukkan seorang pemimpin ‘parti Islam’ yang mengaku bahawa perjuangannya demi kesejahteraan rakyat Malaysia?

Selaku seorang pemimpin utama pembangkang di Malaysia, tauladan buruk yang ditunjukkan Hadi ini tidak wajar berlaku dan patut dijauhi.

Saya amat yakin, lagu perkauman yang didendangkan PAS seperti ini jelas menunjukkan wujudnya usaha halus ke arah perpaduan parti itu bersama UMNO bertujuan memanjangkan hayat mereka, yang akan terus membiakkan generasi pemimpin korup. Tulisan  M. Noor Haslam #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel PAS Ambil Alih Kerja UMNO, Hadi Awang Sudah Setaraf Anuar Musa

Sekianlah artikel PAS Ambil Alih Kerja UMNO, Hadi Awang Sudah Setaraf Anuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Ambil Alih Kerja UMNO, Hadi Awang Sudah Setaraf Anuar Musa dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/pas-ambil-alih-kerja-umno-hadi-awang.html

Subscribe to receive free email updates: