Nurul Izzah Desak Putrajaya Agar Dedah Butiran Pelaburan China Di Negara Ini

Nurul Izzah Desak Putrajaya Agar Dedah Butiran Pelaburan China Di Negara Ini - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nurul Izzah Desak Putrajaya Agar Dedah Butiran Pelaburan China Di Negara Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nurul Izzah Desak Putrajaya Agar Dedah Butiran Pelaburan China Di Negara Ini
link : Nurul Izzah Desak Putrajaya Agar Dedah Butiran Pelaburan China Di Negara Ini

Baca juga


Nurul Izzah Desak Putrajaya Agar Dedah Butiran Pelaburan China Di Negara Ini


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak perlu mendedahkan butiran setiap perjanjian pelaburan dan usaha sama China di negara ini, kata Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan orang awam menilai butiran dan baik buruk pelaburan dari negara itu yang bernilai ratusan bilion ringgit.

“Apabila nilai yang begitu besar menjadi sandaran, rakya sebagai pihak berkepentingan utama (stakeholder) berhak mendapat akses maklumat segala butiran berkaitan. Sebarang penyembunyian dan penyelewengan fakta adalah satu bentuk korupsi.

“Maka wajar bagi Najib membentangkan tanpa selindung semua terma dan syarat yang diletakkan pelabur luar termasuk China, agar masyarakat tahu dan faham bentuk pembiayaan, pulangan pelaburan yang mungkin diperolehi dan beban yang bakal ditanggung negara,” katanya dalam kenyataan.

Antara projek besar yang melibatkan China di negara ini adalah Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion, Melaka Gateway (RM42 bilion) dan projek Forest City di Johor Bahru (RM100 bilion).

Pakatan Harapan dalam manifestonya berikrar untuk menyemak semula kontrak yang ditandatangani dengan selepas memenangi pilihan raya umum ke-14.

Nurul Izzah berkata Harapan tidak akan sama sekali memperjudikan nasib negara kepada orang luar.

Menurutnya, Najib perlu menjelaskan penggunaan tenaga kerja dari China berbanding pekerja tempatan untuk projek yang dilaksanakan negara itu.

“Saya yakin ramai ternanti-nanti penjelasan Najib tentang perkara ini. Sehingga hari ini, hanya jawapan bertulis Parlimen dalam satu muka surat yang diberikan dan tiada penjelasan terperinci,” katanya lagi.

Beliau merujuk jawapan Kementerian Dalam Negeri pada 4 April lalu yang menyatakan pemaju ECRL memohon mengambil pekerja dari China “kerana peralatan, jentera dan mesin yang digunakan merupakan teknologi China dengan sistem pengoperasian dan manual penggunaan dalam Bahasa Mandarin”.

Namun ia bertentangan dengan kenyataan pemaju ERCL, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) sehari kemudian, yang berkata hanya 30 peratus tenaga kerja untuk projek itu dari China dan negara Asia lain.

Projek ECRL dimiliki (MRL) manakala kontraktor utamanya adalah China Communications Construction Company (CCCC). #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Nurul Izzah Desak Putrajaya Agar Dedah Butiran Pelaburan China Di Negara Ini

Sekianlah artikel Nurul Izzah Desak Putrajaya Agar Dedah Butiran Pelaburan China Di Negara Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nurul Izzah Desak Putrajaya Agar Dedah Butiran Pelaburan China Di Negara Ini dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/nurul-izzah-desak-putrajaya-agar-dedah.html

Subscribe to receive free email updates: