Nik Abduh: PAS Menyokong Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar

Nik Abduh: PAS Menyokong Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Abduh: PAS Menyokong Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Abduh: PAS Menyokong Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar
link : Nik Abduh: PAS Menyokong Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar

Baca juga


Nik Abduh: PAS Menyokong Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar


ITU asas agama. Kepalsuan dan penipuan adalah fitnah yang menghancurkan masyarakat dan negara. Ia diharap mampu menyekat mereka yang menjadikan penyebaran berita tidak benar sebagai hobi kehidupan.

Ia diharap mampu menyekat parti-parti politik dan media daripada menjadikan berita tidak benar sebagai senjata untuk menentang kebenaran.

Ia mampu mendidik rakyat agar mencintai dan menjunjung kebenaran serta membenci kepalsuan. Ia mampu menyelamatkan mangsa daripada menanggung bebanan kena fitnah.

Ia akan meluaskan dan memudahkan langkah perjuangan PAS yang sentiasa menjadi mangsa berita tidak benar. Dengan undang-undang ini, PAS lebih sejahtera, insya Allah. Ia sepatutnya telah lama diwartakan sebagai sebuah undang-undang yang tegas.

PAS bersih daripada menjadikan fitnah sebagai senjata. Ia haram dalam agama. Matlamat tidak menghalalkan cara. Adapun parti-parti lain, amat memalukan apabila mereka menjadikan sebaran berita palsu sebagai senjata untuk menyerang musuh. Justeru PAS menyokong penuh RUU ini.

Penyalahgunaan undang-undang ini oleh pihak pemerintah, walaupun dibimbangi dan dikesali, tidak boleh menjadi sebab untuk menolak benarnya undang-undang ini. Ia mesti disokong.

PAS dalam perbahasan menyokong, turut mengingatkan betapa penyalahgunaan undang-undang oleh pihak kerajaan adalah kezaliman yang nyata. Ia adalah perlanggaran terhadap amanah rakyat. Ia memperkasakan agama Islam sebagai pembawa berita benar dunia dan akhirat.

Justeru jangan tertipu dengan Pakatan Harapan (PH) yang menempelak PAS kerana menyokong RUU ini dan menuduh PAS menyokong Umno. Tidak sama sekali.

PAS menyokong al-makruf dan al-khair. PAS membina negara dengan buah yang enak, bukan dengan buih yang memuakkan.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Pasir Mas


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Nik Abduh: PAS Menyokong Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar

Sekianlah artikel Nik Abduh: PAS Menyokong Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Abduh: PAS Menyokong Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/nik-abduh-pas-menyokong-rang-undang.html

Subscribe to receive free email updates: