[LAHANAT, SI MISKIN KENA GST] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China

[LAHANAT, SI MISKIN KENA GST] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LAHANAT, SI MISKIN KENA GST] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LAHANAT, SI MISKIN KENA GST] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China
link : [LAHANAT, SI MISKIN KENA GST] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China

Baca juga


[LAHANAT, SI MISKIN KENA GST] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China

Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan sijil pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC), yang tular di media sosial semalam.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.
Menjelaskan sebab pelepasan, beliau berkata ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.
"Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya lagi, pelepasan dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.
"Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST," katanya lagi.
Semalam, Naib Presiden AMANAH Husam Musa memuat naik sijil pelepasan GST yang menyatakan ia diberikan bawah Seksyen 56(3)(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Seksyen itu menyatakan kuasa menteri kewangan untuk memberikan pelepasan berkenaan.
Turut disertakan kepala surat CCCC yang memberitahu pembekalnya bahawa ia diberikan pelepasan GST berdasarkan surat oleh Kementerian Kewangan bertarikh 7 Feb tahun ini.
Ia menambah bahawa pelepasan GST itu berkuat kuasa pada 26 September 2016.
Subromaniam berkata lagi, sistem GST memang mempunyai mekanisme untuk mengurangkan impak cukai itu kepada golongan yang disasarkan.
"Kastam dari semasa ke semasa akan akan mempertimbangkan permohonan pelepasan kepada syarikat yang memohon serta layak," katanya lagi.
Kerajaan sedang membiayai projek kira-kira RM60 bilion itu menerusi pinjaman mudah dari Bank Eksport-Import China dan hutang yang diperolehi dalam pasaran bon.
Dibina sepanjang 600km, ECRL akan menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia termasuk Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu. - MK


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel [LAHANAT, SI MISKIN KENA GST] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China

Sekianlah artikel [LAHANAT, SI MISKIN KENA GST] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LAHANAT, SI MISKIN KENA GST] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/lahanat-si-miskin-kena-gst-kastam.html

Subscribe to receive free email updates: