Kerajaan Azmin Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Kan PAS Masih Lagi Tak Kenal ?

Kerajaan Azmin Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Kan PAS Masih Lagi Tak Kenal ? - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Azmin Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Kan PAS Masih Lagi Tak Kenal ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Azmin Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Kan PAS Masih Lagi Tak Kenal ?
link : Kerajaan Azmin Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Kan PAS Masih Lagi Tak Kenal ?

Baca juga


Kerajaan Azmin Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Kan PAS Masih Lagi Tak Kenal ?


KUALA LUMPUR: “Tak kan Pas masih tidak kenal Azmin Ali,” demikian reaksi sinis bekas pemimpin PKR, Datuk Azwanddin Hamzah apabila diminta mengulas kenyataan seorang pemimpin Pas yang mempersoalkan penggunaan kemudahan kerajaan negeri untuk program gabungan pembangkang PKR esok.

Azwanddin berkata, walaupun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sering mendabik dada kononnya mengamalkan integriti sehingga sanggup memulangkan kenderaan rasmi sebaik sahaja bergelar kerajaan sementara, namun hal tersebut terbukti bukanlah tulen sebaliknya gimik.

Katanya, apa yang berlaku dalam kes penggunaan Stadium Kuala Selangor untuk program gabungan pembangkang PKR itu bukanlah pelik kerana sudah menjadi kelaziman PKR untuk buat perkara yang dikatakan salah jika dilakukan Barisan Nasional (BN).

“Sebab itu, saya kata Mohamed Azmin bermain gimik dengan menyerahkan kenderaan rasmi Menteri Besar kepada kerajaan negeri Selangor seolah-olah gabungan pembangkang PKR tidak mahu menggunakan kemudahan yang diberikan demi rakyat untuk politik.

“Namun tindakan itu hanya memalukan diri sendiri kerana dalam kes penggunaan stadium di Kuala Selangor, beliau tidak dapat lari daripada dilihat mengambil kesempatan sebagai status Menteri Besar untuk kepentingan parti. Apa sudah jadi?,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Penggunaan Stadium Kuala Selangor untuk majlis gabungan pembangkang PKR esok dibangkitkan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Mohd. Shahrir dalam portal probembangkang semalam kerana pada masa sama terdapat larangan daripada kerajaan negeri kepada pihak berkuasa tempatan agar tidak menyewa kemudahan mereka kepada parti politik.

Azwanddin berkata, kelulusan yang diberikan untuk menggunakan Stadium Kuala Selangor adalah bukti Timbalan Presiden PKR itu cakap tidak serupa bikin dan seolah-olah meludah ke langit, terkena di muka sendiri.

“Apakah ini gambaran sebuah kerajaan yang adil? Hakikatnya perkara yang memberi keuntungan kepada mereka tak apa, orang lain tak boleh.” #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Kerajaan Azmin Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Kan PAS Masih Lagi Tak Kenal ?

Sekianlah artikel Kerajaan Azmin Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Kan PAS Masih Lagi Tak Kenal ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Azmin Cakap Tak Serupa Bikin, Tak Kan PAS Masih Lagi Tak Kenal ? dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/kerajaan-azmin-cakap-tak-serupa-bikin.html

Subscribe to receive free email updates: