"Datuk" Hilang "RM100,000" Beli Lombong Bijih Besi Tidak Wujud Di Chini

"Datuk" Hilang "RM100,000" Beli Lombong Bijih Besi Tidak Wujud Di Chini - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Datuk" Hilang "RM100,000" Beli Lombong Bijih Besi Tidak Wujud Di Chini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Datuk" Hilang "RM100,000" Beli Lombong Bijih Besi Tidak Wujud Di Chini
link : "Datuk" Hilang "RM100,000" Beli Lombong Bijih Besi Tidak Wujud Di Chini

Baca juga


"Datuk" Hilang "RM100,000" Beli Lombong Bijih Besi Tidak Wujud Di Chini


KUANTAN: Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk'  kerugian RM100,000 selepas diperdaya seorang lelaki berhubung pembelian sebidang tanah perlombongan bijih besi yang tidak wujud di Chini, Pekan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Mohd Wazir Yusof berkata mangsa yang berusia 54 tahun menerima tawaran tersebut daripada suspek berumur 35 tahun pada 25 Dis tahun lalu.

"Suspek memberitahu mangsa terdapat satu kawasan perlombongan bijih besi di Chini mahu dijual dengan harga RM1 juta kerana kontraktor yang beroperasi ketika itu tidak dapat membayar kepada syarikat pemilik tanah perlombongan bijih  besi yang dimiliki seorang Datuk.

"Mangsa yang berminat mengambil alih perlombongan bijih besi di Chini itu menyerahkan wang deposit pada 29 Disember lalu sebanyak RM50,000 melalui cek dan RM50,000 lagi secara tunai dipercayai menerusi pihak ketiga untuk diserahkan kepada pemilik syarikat tanah berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin malam.

Selepas dua bulan, beliau berkata mangsa dimaklumkan oleh pihak ketiga berkenaan bahawa pemilik tanah akan mengembalikan semula wang deposit kerana gagal menunaikan perjanjian penjualan tanah tersebut.

Namun sehingga kini, mangsa masih belum menerima sebarang bayaran pemulangan wang deposit berkenaan menyebabkan beliau merasakan ditipu dan membuat laporan polis, katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan. #sumber



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel "Datuk" Hilang "RM100,000" Beli Lombong Bijih Besi Tidak Wujud Di Chini

Sekianlah artikel "Datuk" Hilang "RM100,000" Beli Lombong Bijih Besi Tidak Wujud Di Chini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Datuk" Hilang "RM100,000" Beli Lombong Bijih Besi Tidak Wujud Di Chini dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/datuk-hilang-rm100000-beli-lombong.html

Subscribe to receive free email updates: