Dato' Dzulkifli, "Calon" Berkaliber Untuk Angkat Nama DUN Beserah Ke Persada Dunia !

Dato' Dzulkifli, "Calon" Berkaliber Untuk Angkat Nama DUN Beserah Ke Persada Dunia ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dato' Dzulkifli, "Calon" Berkaliber Untuk Angkat Nama DUN Beserah Ke Persada Dunia !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dato' Dzulkifli, "Calon" Berkaliber Untuk Angkat Nama DUN Beserah Ke Persada Dunia !
link : Dato' Dzulkifli, "Calon" Berkaliber Untuk Angkat Nama DUN Beserah Ke Persada Dunia !

Baca juga


Dato' Dzulkifli, "Calon" Berkaliber Untuk Angkat Nama DUN Beserah Ke Persada Dunia !


KUANTAN: Soal siapakah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Beserah, Parlimen Indera Mahkota kini semakin hangat diperkatakan. Tambahan mula menjelang hari pencalonan PRU14 pada 28 April yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Difahamkan ada beberapa nama calon yang kini meniti dibibir ahli-ahli UMNO sekarang ini. Namun, salah satu nama calon yang dikatakan masuk dalam senarai ialah Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Dato' Dzulkifli Mahmud (foto).

Selaku calon yang dikatakan penyelamat dari berlakunya "cah keting", ramai yang mungkin tidak mengenali dan tertanya-tanya, siapakah beliau ini sebenarnya, tambahan pula bagi kalangan para pengundi muda.

Dato' Dzulkifli Mahmud  adalah "Anak Beserah" yang dilahirkan Di Kampong Kubur Beserah (dekat pasar ikan Beserah). Keluarga ayahnya adalah penoreh getah dan ibunya menjual nasi dagang serta kuih muih.

Beliau bersekolah rendah di Beserah (sekarang tapak Astaka Beserah). Semasa Sekolah rendah sebelah mencari pendapatan sampingan dengan menjual ice cream dan menoreh getah. Melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Di SMK Batu Hitam hingga Tingkatan 3. Selepas SRP memasuki Tingkatan 4 Di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) hingga Tingkatan 5.

Beliau mendapat kelulusan yang baik peringkat SPM dan ditawarkan ke Tingkatan 6 Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur. Selepas Sekolah Alam Shah, beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran University Malaya. Mendapat Ijazah B. Econs (Hons) University Malaya 1979 diatas tajaan biasiswa Negeri Pahang. 

Selepas mendapat Ijazah, ditawarkan bertugas dengan Yayasan Pahang seketika sebelum menjawat jawatan Di  Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) selama hampir 2 tahun. Beliau kemudiannya mendapat tawaran sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Dan bertugas di Kementerian Perdagangan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri selama 13 tahun sebelum menyertai Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) selama 24 tahun.

Semasa berkhidmat dengan MITI Dan MATRADE beliau di hantar berkhidmat di luar negara selama hampir 15 tahun. Beliau menjawat jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Matrade. Anak Kampung Beserah menjawat jawatan yang membantu melonjakkan eksport Malaysia ke lebih 200 negara rakan perdagangan Malaysia.

Sekarang beliau banyak membantu Generasi Muda Beserah Dari Cendor, Cherating, Sg Ular, Gebeng, Balok, Chengal Lempong, Sungai Karang, Batu Hitam Dan Beserah supaya berjaya dalam pelajaran dan menjadi pemimpin masa hadapan.

Beliau juga berusaha meningkatkan nilai-nilai keusahawanan supaya Beserah maju dimasa hadapan. Beserah tertingal akibat di tadbir oleh pembangkang walhal Anak Jati Beserah pun Ada untuk menyahut cabaran memimpin  masyarakat dan kampong yang Maju.

Tiada pemimpin yang betul-betul nampak boleh membantu memajukan kampung-kampung di sepanjang jalan tepi pantai ini dari Kuantan hingga sempadan Terengganu selama ini. Beliau adalah calon yang cukup berkaliber yang boleh mengangkat imej Beserah ke persada dunia. 

Jsuteru, berdasarkan pengalaman dan ketokohan ini, maka tidak syak lagi beliau wajar diangkat sebagai calon BN untuk masa depan yang lebih gemilang. Sila ke  blog perbadi beliau di www.dzulkiflimahmud.blogspot.my untuk info lanjut. #PDO


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Dato' Dzulkifli, "Calon" Berkaliber Untuk Angkat Nama DUN Beserah Ke Persada Dunia !

Sekianlah artikel Dato' Dzulkifli, "Calon" Berkaliber Untuk Angkat Nama DUN Beserah Ke Persada Dunia ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dato' Dzulkifli, "Calon" Berkaliber Untuk Angkat Nama DUN Beserah Ke Persada Dunia ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/dato-dzulkifli-calon-berkaliber-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: