Calon Bebas DUN Teruntum, Beli Borang Pencalonan Di Pejabat SPR !

Calon Bebas DUN Teruntum, Beli Borang Pencalonan Di Pejabat SPR ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon Bebas DUN Teruntum, Beli Borang Pencalonan Di Pejabat SPR !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon Bebas DUN Teruntum, Beli Borang Pencalonan Di Pejabat SPR !
link : Calon Bebas DUN Teruntum, Beli Borang Pencalonan Di Pejabat SPR !

Baca juga


Calon Bebas DUN Teruntum, Beli Borang Pencalonan Di Pejabat SPR !


KUANTAN: Seorang lagi calon bebas yang akan bertanding PRU14 di Pahang, membeli borang pencalonannya di pejabar SPR Pahang, di Wisma Persekutuan petang semalam. 

Benzin Dagok, aktivis reformasi 98 ketika dihubungi PDO mendakwa beliau akan bertanding di kerusi DUN N.14 Teruntum pada PRU14 ini.

Katanya, dia memilih Teruntum kerana lokasi yang cukup strategik untuk beliau berkempen.

"Teruntum melibatkan bandar Kuantan, saya mudah nak bertemu dengan pengundi di merata tempat kerana faktor jarak dan kewangan. Saya akan gunakan kaedah tabligh untuk mengajak pengundi memilih calon Pro Rakyat. Kami berjuang tanpa membezakan faham politik kepartian.. tidak seperti orang-orang parti, bila menang mereka hanya layan penyokong masing-masing sahaja", jelasnya.

Ketika ditanya apakah beliau tidak gentar PAS turut meletakkan calon parti itu kali ini, beliau berkata dia sudah bersedia.

"Asalnya saya nak tanding di DUN Panching, tapi selepas dinasihatkan rakan-rakan maka saya pilih DUN Teruntum sebab kawasan ini tiada tanah rancangan Felda", katanya.

"Menang atau kalah tidak menjadi halanga. Namun, perjuangan perlu diteruskan untuk mengangkat suara rakyat dengan lebih lantang dalam DUN Pahang sekiranya dipilih kelak", tambahnya lagi.

Penyertaan beliau bermakna, DUN Teruntum akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara PAS - BN - PKR - Bebas. Namun, difahamkan, Benzin mungkin bertanding gunakan lambang parti sekiranya segala perbincangan dipersetujui antara kedua pihak.

"Mungkin logo kepala lembu, Parti Rakyat Malaysia (PRM), parti yang lebih lama dari PKR, Amanah, PPBM dan sekutunya", kata Benzin sambil tersenyum.




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Calon Bebas DUN Teruntum, Beli Borang Pencalonan Di Pejabat SPR !

Sekianlah artikel Calon Bebas DUN Teruntum, Beli Borang Pencalonan Di Pejabat SPR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Calon Bebas DUN Teruntum, Beli Borang Pencalonan Di Pejabat SPR ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/calon-bebas-dun-teruntum-beli-borang.html

Subscribe to receive free email updates: