Judul : Bersih 2 Desak Telekom Malaysia Tarik Balik Garis Panduan PRU14
link : Bersih 2 Desak Telekom Malaysia Tarik Balik Garis Panduan PRU14
Bersih 2 Desak Telekom Malaysia Tarik Balik Garis Panduan PRU14
Bersih 2.0 menerusi kenyataan di Twitter berkata, kumpulan TM dan semua majikan lain harus sedar tanggungjawab dan hak seorang rakyat Malaysia bukan sekadar membuang undi sahaja, sebaliknya memiliki kuasa bertindak lebih daripada itu.
“Oleh itu, tiada siapa boleh menghalang penyertaan mana-mana individu dalam proses pilihan raya, termasuklah menjadi agen mengundi atau ejen pengiraan undi.
“Bagaimanapun, pekerja boleh berbuat demikian asalkan ia di luar waktu kerja dan semasa cuti, terpulang kepada kehendak individu masing-masing.
“Lagipun, tiada sebarang undang-undang ditetapkan untuk menghalang penglibatan rakyat bertindak sedemikian.
“Justeru, majikan lain seharusnya mendorong kakitangan mereka untuk PACA supaya integriti pilihan raya sentiasa terpelihara,” katanya sebagai reaksi balas terhadap kenyataan TM yang dilaporkan portal MalaysiaKini, hari ini.
Terdahulu, TM mengeluarkan arahan larangan ‘Garis Panduan Pilihan Raya Umum ke 14’ terhadap semua pekerjanya, termasuk subsidiari supaya tidak menjadi ejen mengundi mahupun ejen pengiraan undi pada PRU14 kian hampir.
Garis panduan itu antara lain melarang semua kakitangan daripada memakai pakai berlogo TM ketika menghadiri ceramah politik, membuat kenyataan sebagai kakitangan TM yang menyebelahi parti politik dan menjadi perayu undi mana-mana calon ketika kempen.
Pada masa sama, ia melarang logo parti politik dipamerkan pada kenderaan dan pakaian ketika memasuki premis TM. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Bersih 2 Desak Telekom Malaysia Tarik Balik Garis Panduan PRU14
Sekianlah artikel Bersih 2 Desak Telekom Malaysia Tarik Balik Garis Panduan PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bersih 2 Desak Telekom Malaysia Tarik Balik Garis Panduan PRU14 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/bersih-2-desak-telekom-malaysia-tarik.html