Judul : Ali Rustam Yakin Pengundi Tidak Akan Tertipu Janji Pembangkang
link : Ali Rustam Yakin Pengundi Tidak Akan Tertipu Janji Pembangkang
Ali Rustam Yakin Pengundi Tidak Akan Tertipu Janji Pembangkang
Calon Barisan Nasional (BN) itu berkata pada PRU13 pembangkang berjaya mengaburi pemikiran pengundi dengan menabur harapan menerusi pelbagai janji manis, namun harapan itu hanya omong kosong yang sengaja dicipta demi meraih sokongan dan undian.
"Lima tahun telah berlalu, sedih apabila ruang dan peluang yang diberi oleh pengundi tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh wakil rakyat pembangkang yang dipilih malah bantuan dan kebajikan terhadap rakyat tidak diambil kira dan diberi perhatian sewajarnya."
"Justeru, saya yakin dan percaya pengundi kini bijak menilai dalam menentukan wakil rakyat bagaimana yang mereka mahukan dalam menyelesaikan masalah dan berkhidmat secara terus membela nasib mereka," katanya kepada pemberita selepas pengumuman senarai calon BN Melaka di Seri Bendahara di sini, hari ini.
Pada PRU13, Mohd Ali kalah kepada Shamsul Iskandar Mohd Akil daripada PKR di kawasan Parlimen itu.
Sementara itu, Pengerusi MCA Melaka Datuk Lim Ban Hong berkata beliau akan terus memastikan segala inisiatif kerajaan membangunkan negeri dan menyediakan masa depan lebih baik kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan baik. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Ali Rustam Yakin Pengundi Tidak Akan Tertipu Janji Pembangkang
Sekianlah artikel Ali Rustam Yakin Pengundi Tidak Akan Tertipu Janji Pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ali Rustam Yakin Pengundi Tidak Akan Tertipu Janji Pembangkang dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/ali-rustam-yakin-pengundi-tidak-akan.html