Agihan Dividen "RM112.33 Juta" Gembirakan 33,523 Pekebun Kecil RISDA

Agihan Dividen "RM112.33 Juta" Gembirakan 33,523 Pekebun Kecil RISDA - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Agihan Dividen "RM112.33 Juta" Gembirakan 33,523 Pekebun Kecil RISDA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Agihan Dividen "RM112.33 Juta" Gembirakan 33,523 Pekebun Kecil RISDA
link : Agihan Dividen "RM112.33 Juta" Gembirakan 33,523 Pekebun Kecil RISDA

Baca juga


Agihan Dividen "RM112.33 Juta" Gembirakan 33,523 Pekebun Kecil RISDA


TEMERLOH: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pengagihan dividen berjumlah RM112.33 juta kepada 33,523 pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di seluruh negara, nyata membawa kegembiraan kepada para pekebun kecil di sini.

Rata-rata mereka menyifatkan pemberian dividen itu sebagai 'durian runtuh' yang meringankan beban kewangan selain sebagai membakar semangat untuk mengusahakan tanaman getah atau kelapa sawit dengan lebih gigih.

Man Mustapa, 42, dari perkampungan Orang Asli Paya Sendayan di sini, berkata dividen itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan seharian keluarganya termasuk enam anak.

"Dua anak saya masih bersekolah...saya memang bergantung sepenuhnya dengan hasil getah yang harganya tidak menentu," katanya selepas majlis Penyampaian Dividen RISDA Peringkat Nasional di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh, Simpang Peragap, Kampung Ketam, Kerdau di sini, hari ini.

Kamsiah Harun, 66, dari Kampung Kuala Mai, Kuala Krau juga gembira untuk menerima dividen daripada kebun getah peninggalan orang tuanya sejak 30 tahun lepas.

Pekebun dari Kampung Rumpun Makmur di sini, Robiah Kari, 68, berkata pemberian dividen dan pelbagai bantuan daripada RISDA membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan pekebun kecil.

"Pendapatan kami memang tidak menentu terutamanya semasa musim tengkujuh... sebab itu bersuyukur sangat apabila kerajaan beri bantuan RM200 sebulan semasa kami tidak boleh menoreh," katanya.

Pasangan warga emas Mohd Rafiai Idris, 74, dan isteri Saemah Mohd Shariff, 73, dari Kampung Paya Jejawai di sini, pula berkongsi cerita bahawa mereka sudah beberapa kali mengerjakan umrah menggunakan dividen RISDA yang diterimanya sebelum ini.

Mereka kini mempunyai tanah seluas 1.2 hektar yang ditanam kelapa sawit sejak 2002.

"Bayaran jualan hasil biasanya dibayar setiap tiga bulan dan ditambah dengan dividen yang dibayar setahun sekali. Kami simpan untuk pergi umrah dan Lembaga Tabung Haji untuk mengerjakan haji.

"Kami tidak dikurniakan cahaya mata, jadi hasil jualan kelapa sawit ini cukup untuk menampung perbelanjaan harian dan dijadikan simpanan," katanya. #sumber



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Agihan Dividen "RM112.33 Juta" Gembirakan 33,523 Pekebun Kecil RISDA

Sekianlah artikel Agihan Dividen "RM112.33 Juta" Gembirakan 33,523 Pekebun Kecil RISDA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Agihan Dividen "RM112.33 Juta" Gembirakan 33,523 Pekebun Kecil RISDA dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/04/agihan-dividen-rm11233-juta-gembirakan.html

Subscribe to receive free email updates: