[SEBABKAN ISLAM DIPANDANG HINA] Neelofa Boleh Didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977

[SEBABKAN ISLAM DIPANDANG HINA] Neelofa Boleh Didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977 - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [SEBABKAN ISLAM DIPANDANG HINA] Neelofa Boleh Didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [SEBABKAN ISLAM DIPANDANG HINA] Neelofa Boleh Didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977
link : [SEBABKAN ISLAM DIPANDANG HINA] Neelofa Boleh Didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977

Baca juga


[SEBABKAN ISLAM DIPANDANG HINA] Neelofa Boleh Didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977


TINDAKAN pelakon dan pengacara, Neelofa mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung di sebuah pusat hiburan di ibu negara, Isnin lalu, boleh mendedahkannya kepada tindakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977.
Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor berkata, berdasarkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977, mana-mana orang dengan apa cara sekalipun yang boleh menyebabkan agama Islam itu dipandang hina, adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam kenyataan yang dihantar menerusi emel, hari ini, beliau berkata, Neelofa juga berhadapan dengan tindakan mengikut Seksyen 35 Akta yang sama atas tuduhan menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Tindakan Neelofa itu bukan sahaja boleh memberi gambaran negatif terhadap wanita Muslimah yang bertudung tetapi juga secara tidak langsung boleh menjatuhkan kesucian agama Islam itu sendiri.
“Selepas ini pasti ada yang beranggapan wanita Muslimah boleh pergi dan menari di kelab malam, asalkan mereka memakai tudung. Ini persepsi yang silap dan perlu diperbetulkan kerana Islam mensyariatkan seseorang wanita itu perlu menutup aurat untuk menjaga maruah dan melindungi mereka daripada terjebak dengan perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak,” katanya.
Salkukhairi berkata, bagaimanapun ia terpulang kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap selebriti itu atau sebaliknya.
Undang-undang sudah ada. Cuma ia terserah kepada MAIWP sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya atau tidak.
“Jika pihak berkuasa agama ingin mengekang perbuatan itu, tindakan undang-undang yang sewajarnya perlu diambil sebagai pengajaran dan mendidik masyarakat Islam supaya lebih sensitif, terutamanya bagi seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut seperti Neelofa,” katanya.
Salkukhairi juga menasihati masyarakat Islam supaya lebih peka dan menghormati kesucian Islam dan sentiasa merujuk kepada ulama dan pakar undang-undang sebelum melakukan sesuatu tindakan.
“Walaupun Neelofa dilaporkan sudah meminta maaf, tetapi tidak bererti beliau terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Sebab itu undang-undang ini perlu dikuatkuasakan demi menjaga maslahat ummah dan demi menjaga kesucian agama Islam itu sendiri,” katanya. - hmetro


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel [SEBABKAN ISLAM DIPANDANG HINA] Neelofa Boleh Didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977

Sekianlah artikel [SEBABKAN ISLAM DIPANDANG HINA] Neelofa Boleh Didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [SEBABKAN ISLAM DIPANDANG HINA] Neelofa Boleh Didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/03/sebabkan-islam-dipandang-hina-neelofa.html

Subscribe to receive free email updates: