Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah

Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah
link : Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah

Baca juga


Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah


KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengingatkan isteri menteri Kabinet supaya bersatu padu dan tidak termakan fitnah pembangkang untuk memecah belahkan hubungan pemimpin dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Yang dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) itu berkata, sebagai isteri pemimpin BN, mereka perlu bersama menangkis segala tohmahan dan fitnah ciptaan pembangkang.

“Mutakhir ini, ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit perpecahan, persengketaan dan menyemarakkan api permusuhan.

“Kita harus kuat dan bersama-sama menangkis segala tohmahan dan juga fitnah yang membuta-tuli,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Bakti ke-41 di Bangunan Siti Hasmah, Taman Tun Dr Ismail, hari ini.

Isteri perdana menteri itu berkata, jika ahli Bakti tidak bersatu, ia akan memudahkan pembangkang menghancurkan BN.

“Jika kita dilihat tidak bersatu, jika kita hilang solidariti dan jika kita hilang kesepakatan, tentunya perkara ini akan memberi bonus kepada pihak di sana.”

Rosmah turut menyeru ahli Bakti menyokong BN pada pilihan raya umum ke-14.

“Demi kesejahteraan rakyat Malaysia, Barisan Nasional perlu menang.

“Saya yakin biarpun menggunung cabaran menghalang, meski hebat apapun tentangan yang tiba, kita ahli-ahli Bakti dengan beraninya harus berdepan dan mara menuju kemenangan. Kalau kita bekerjasama, kita mampu menawan hati dan nurani rakyat.”

Sementara itu, Rosmah berkata, Bakti membelanjakan RM1.9 juta untuk menganjurkan program kebajikan Bakti sepanjang tahun lalu.

“Perlu ingat, berjaya dan majunya negara Malaysia sehingga sekarang merupakan hasil usaha gigih pentadbiran cekap serta sistematik di bawah kerajaan pimpinan BN.” #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah

Sekianlah artikel Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rosmah Gesa Isteri Para Menteri Bersatu Tangkis Fitnah & Elakkan BN Pecah Belah dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/03/rosmah-gesa-isteri-para-menteri-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates: