Pemberita: Undang-undang Berita Palsu "Mengancam" Media Bebas !

Pemberita: Undang-undang Berita Palsu "Mengancam" Media Bebas ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemberita: Undang-undang Berita Palsu "Mengancam" Media Bebas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemberita: Undang-undang Berita Palsu "Mengancam" Media Bebas !
link : Pemberita: Undang-undang Berita Palsu "Mengancam" Media Bebas !

Baca juga


Pemberita: Undang-undang Berita Palsu "Mengancam" Media Bebas !


PETALING JAYA: Undang-undang anti berita palsu boleh menyebabkan media bebas mengalami masalah kewangan kerana pelaburan akan berkurangan, kata pemberita veteran Jahabar Sadiq.

Jahabar, yang mengendalikan The Malaysian Insight, berkata sebaik sahaja undang-undang itu berkuatkuasa, kebanyakan berita akan datang daripada kerajaan dan media yang diselia atau dikawal kerajaan.

“Kita akan hidup dalam matriks, dibentuk dan ditentukan oleh kerajaan memerintah.”

Beliau berkata undang-undang itu bukan sahaja memberi kesan pada pengamal media tetapi juga membolehkan kerajaan menentukan fakta dan rekaan.

Dewan Rakyat hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar 2018, yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan mencipta, menawarkan, menyiarkan, mengedarkan atau menyebarkan berita palsu, dengan denda tidak melebihi RM500,000 dan penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Ditanya mengenai implikasi denda RM500,000 ke atas portal berita, Jahabar berkata ia bermakan “gulung tikar dan muflis seumur hidup”.

Sementara itu, Ketua Editor Malaysiakini Steven Gan menggambarkan undang-undang itu “satu lagi alat untuk menindas”, dan berkata negara sudah mempunyai beberapa undang-undang yang boleh digunakan untuk melawan berita palsu.

“Undang-undang terbaru ini lebih dari sekadar satu lagi bentuk kawalan oleh kerajaan; ia boleh membunuh demokrasi yang sedia tenat yang kita ada.

“Berita palsu kini ditentukan oleh kerajaan. Dua tambah dua tidak sama dengan empat jika kerajaan tentukan seperti itu,” tambahnya.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) menggesa Putrajaya mengkaji semula RUU itu secara mendalam dengan badan-badan lain yang berkaitan sebelum ia dilaksanakan untuk menentukan penggunaannya dengan jelas.

Setiausaha Agung Chin Sung Chew bimbang implikasi meluas undang-undang itu ke atas industri media, kerana penalti yang berat ke atas sumber, pembiaya dan penerbit serta kapasiti undang-undang itu untuk memaksa pertubuhan-pertubuhan menurunkan artikel.

NUJ turut mempersoalkan Fasal 8(3) yang menyatakan arahan menurunkan bahan yang dianggap mengancam ketenteraman awam atau keselamatan negara tidak boleh dipohon untuk diketepikan.

“Kami sangat bimbang undang-undang yang memberikan kuasa yang tidak boleh dipersoalkan kepada satu pihak untuk menurunkan artikel yang tidak dipersetujuinya akan mudah disalahguna.”

Kumpulan hak pengamal media Gerakan Media Merdeka (Geramm) turut membidas undang-undang yang dicadangkan itu, menggesa penyokong menyertai kempen Twitter menuntut kembali hak wartawan untuk menjalankan tugas.

Dalam kenyataan hari ini, Geramm berkata takrif “berita palsu” terlalu luas dan mudah disalahgunakan bagi mengekang kebebasan media dan kebebasan bersuara.

“Kerajaan tidak seharusnya dibenarkan memegang monopoli keatas takrif berita palsu.

“Senjata utama menentang berita palsu bukanlah satu lagi akta baru, tapi sebaliknya dengan memperkasa hak kebebasan maklumat.”

Bawah RUU itu, berita palsu dijelaskan sebagai “sebarang berita, maklumat, data atau laporan, yang sebahagian atau sepenuhnya palsu, sama ada disiarkan dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain, yang boleh mencadangkan kata-kata atau idea.

Memberi bantuan kewangan secara langsung atau tidak langsung untuk memudahkan penyebaran berita palsu atau kesalahan itu juga boleh satu kesalahan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata RUU itu bertujuan melindungi orang awam daripada lambakan berita tidak benar. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Pemberita: Undang-undang Berita Palsu "Mengancam" Media Bebas !

Sekianlah artikel Pemberita: Undang-undang Berita Palsu "Mengancam" Media Bebas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemberita: Undang-undang Berita Palsu "Mengancam" Media Bebas ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/03/pemberita-undang-undang-berita-palsu.html

Subscribe to receive free email updates: