[MENTERI JADI JURUCAKAP JLOW?] Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity

[MENTERI JADI JURUCAKAP JLOW?] Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MENTERI JADI JURUCAKAP JLOW?] Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MENTERI JADI JURUCAKAP JLOW?] Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity
link : [MENTERI JADI JURUCAKAP JLOW?] Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity

Baca juga


[MENTERI JADI JURUCAKAP JLOW?] Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity


Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tiada bukti yang menunjukkan ahli perniagaan Low Taek Jho adalah pemilik kepada kapal layar mewah Equanimity yang dirampas di Bali semalam.
Maka laporan rampasan kapal itu yang mengaitkannya dengan Low adalah "berita palsu", katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pembangkang bergantung kepada dakwaan "yang tidak disahkan dan dibuktikan" bahawa ia adalah milik Low - lebih dikenali sebagai Jho Low - dan dibeli menggunakan wang 1MDB.
"Hakikatnya, sumber dakwaan tersebut terkandung dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang sudah dihentikan buat sementara sejak Ogos lalu.
"Selain dakwaan yang terkandung dalam saman itu, DOJ tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa Jho Low adalah pemilik sebenarnya, atau ia dibeli daripada wang daripada 1MDB.
"Malah DOJ belum membuktikan mana-mana dakwaannya di mahkamah, walaupun sudah dua tahun berlalu sejak sidang media sensasinya pada Julai 2016," katanya lagi.
Semalam, kapal layar bernama Equanimity itu ditahan penguatkuasa Indonesia dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) di Bali.
Polis Indonesia mengesyaki ia berlayar ke Indonesia untuk bersembunyi daripada pihak berkuasa AS.
Salleh yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa pembangkang yang diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan "didominasi" DAP menggunakan 'berita palsu' dan dakwaan kitar semula sebagai senjata utama meraih undi.
"Sedih melihat Mahathir dan pembangkang kini hanya mengitar semula dakwaan yang tidak dibuktikan dan dengan tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu," katanya lagi. - MK



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel [MENTERI JADI JURUCAKAP JLOW?] Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity

Sekianlah artikel [MENTERI JADI JURUCAKAP JLOW?] Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MENTERI JADI JURUCAKAP JLOW?] Salleh: Tiada bukti Jho Low pemilik Equanimity dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/03/menteri-jadi-jurucakap-jlow-salleh.html

Subscribe to receive free email updates: