KPN: Tindakan Sivil "DoJ" Di Buat Terhadap Jho Low, "Bukan 1MDB" !

KPN: Tindakan Sivil "DoJ" Di Buat Terhadap Jho Low, "Bukan 1MDB" ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPN: Tindakan Sivil "DoJ" Di Buat Terhadap Jho Low, "Bukan 1MDB" !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPN: Tindakan Sivil "DoJ" Di Buat Terhadap Jho Low, "Bukan 1MDB" !
link : KPN: Tindakan Sivil "DoJ" Di Buat Terhadap Jho Low, "Bukan 1MDB" !

Baca juga


KPN: Tindakan Sivil "DoJ" Di Buat Terhadap Jho Low, "Bukan 1MDB" !


KUALA LUMPUR: Tindakan pihak berkuasa Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat merampas kapal Equinimity di Indonesia yang didakwa dimiliki Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low merupakan tindakan Pelucuthakan Sivil terhadap individu tersebut dan bukan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (IMDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2016 mengesahkan Jho Low tidak pernah bekerja di IMDB.

“Siasatan terhadap syarikat tersebut telah dijalankan pada tahun 2016 selepas penemuan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.

“Daripada siasatan polis, Jho Low didapati tidak pernah bekerja dengan 1MDB, dan semua keputusan serta urus niaga syarikat tersebut dibuat pengurusan dan lembaga pengarahnya.

“Siasatan ke atas kes syarikat itu juga masih dijalankan dan pada peringkat ini, tiada keterangan yang kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho dengan keputusan dan urus niaga 1MDB, namun, sekiranya kita memperolehi bukti baharu terhadapnya, kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fuzi, sehingga kini, PDRM tidak ada menerima sebarang makluman dari pihak berkuasa Indonesia mahupun Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung rampasan kapal layar tersebut.

“Kita juga tidak pernah dihubungi mana-mana pihak bagi membantu dalam siasatan berkaitan kapal layar berkenaan,” jelasnya. #sumber




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel KPN: Tindakan Sivil "DoJ" Di Buat Terhadap Jho Low, "Bukan 1MDB" !

Sekianlah artikel KPN: Tindakan Sivil "DoJ" Di Buat Terhadap Jho Low, "Bukan 1MDB" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPN: Tindakan Sivil "DoJ" Di Buat Terhadap Jho Low, "Bukan 1MDB" ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/03/kpn-tindakan-sivil-doj-di-buat-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates: