UMNO Pekan Beri Amaran Kepada Tun Mahathir, Batalkan Lawatan !

UMNO Pekan Beri Amaran Kepada Tun Mahathir, Batalkan Lawatan ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Pekan Beri Amaran Kepada Tun Mahathir, Batalkan Lawatan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Pekan Beri Amaran Kepada Tun Mahathir, Batalkan Lawatan !
link : UMNO Pekan Beri Amaran Kepada Tun Mahathir, Batalkan Lawatan !

Baca juga


UMNO Pekan Beri Amaran Kepada Tun Mahathir, Batalkan Lawatan !


PEKAN: UMNO Bahagian Pekan memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya di kawasan parlimen diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Oleh itu, bekas perdana menteri itu dinasihatkan supaya membatalkan lawatannya ke kawasan itu petang esok.
"Saya fikir lebih baik sekiranya program itu dapat dibatalkan, ada masalah, akan ada pergaduhan," kata ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan Abdul Rahim Yahya.
Rahim berkata ramai pemuda di kawasan itu telah memberitahunya mengenai lawatan Mahathir dan mereka merancang melakukan "banyak perkara".
"Malah polis mengatakan lebih baik tidak adakan program ini," katanya.
Rahim, yang juga ketua biro kebajikan Felda UMNO Pekan, berkata penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan Mahathir kerana "berbohong kepada peneroka" ketika menjadi perdana menteri.
"Dia berbohong mengenai pemberian saham dan pada akhirnya, peneroka tidak boleh mendapatkan saham mereka," katanya.
Rahim juga mendakwa tidak ada kebenaran yang diperoleh oleh pihak penganjur untuk mengadakan program Mahathir di kawasan itu.
"Mereka tidak mendapat kebenaran Felda, saya sudah memeriksa dan tidak ada," katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman mengesahkan Mahathir akan tiba di kawasan Chini pada petang 28 Feb, sebelum melawat penempatan Orang Asli.
Mahathir juga akan berucap dalam ceramah di kawasan Chini pada sebelah malam.
Menurut Fauzi, bekas perdana menteri itu dijemput untuk berucap oleh peneroka Felda Chini.
Pemimpin HARAPAN lain yang dijadual menghadiri acara itu ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pahang, Hamzah Jaafar, Pengerusi DAP negeri Leong Ngah Ngah, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Pahang, Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil dan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel UMNO Pekan Beri Amaran Kepada Tun Mahathir, Batalkan Lawatan !

Sekianlah artikel UMNO Pekan Beri Amaran Kepada Tun Mahathir, Batalkan Lawatan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Pekan Beri Amaran Kepada Tun Mahathir, Batalkan Lawatan ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/umno-pekan-beri-amaran-kepada-tun.html

Subscribe to receive free email updates: