PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib

PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib
link : PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib

Baca juga


PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan diadakan sebelum 14 Julai ini.
Perdana menteri berkata, bakal haji akan menyambut 2 “raya” terlebih dahulu, sebelum bertolak ke Mekah untuk menunaikan Rukun Islam Kelima.
“14 Julai bererti 2 peristiwa akan terlepas. Pertamanya, Hari Raya Aidilfitri dan hari raya satu lagi. Dua-dua raya baru tuan-tuan naik haji, tapi kita buat lebih awal supaya tuan-tuan semat dalam hati.
“Kalau kerajaan kita masih kekal, insya Allah tuan-tuan dapat tunai fardhu haji dengan baik, dengan selesa,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardhu Haji kepada 1,200 penerima haji tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Putra.
Mandat kerajaan persekutuan diterajui BN akan berakhir 24 Jun ini dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.
Pada 26 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan PRU14 bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 16 dan 17 Februari ini.
Dalam perkembangan lain, Najib menjelaskan RM42 bilion yang didakwa “lesap” sebenarnya ialah hutang 1MDB.
Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai tidak memfitnah syarikat milik Kementerian Kewangan itu sehingga tidak nampak kebaikannya.
“Janganlah kata RM42 bilion ‘lesap’. RM42 bilion tak lesap, itu hutang…hutang boleh kita lunaskan dengan aset yang lebih daripada hutang.
“Kalau ada tak betul, kita betulkan. Kalau ada kepincangan, kita ambil tindakan tetapi janganlah kita fitnah bukan-bukan.”
Sementara itu, Najib turut menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa menyebut namanya.
“Kerugian RM31 bilion forex (tukaran wang asing) itu lebih besar pada negara zaman siapa?
“Dalam zaman orang kata kononnya haji 1MDB ini tak mabrur, tuhan tak terima,” katanya sambil berterima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana memberi penjelasan mengenai perkara terbabit sebelum ini.
Pada 1 Januari 2017, pengerusi PPBM itu dilaporkan berkata, jemaah yang menunaikan ibadat haji menggunakan wang 1MBD, tidak akan mendapat haji mabrur kerana wang haram yang dikatakan dicuri Najib.
Tahun lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam laporan setebal 400 muka surat menyalahkan bekas penasihat Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.
RCI itu percaya Dr Mahathir merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu yang mengakibatkan BNM mengalami kerugian RM31.5 bilion. - FMT


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib

Sekianlah artikel PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14 diadakan sebelum 14 Julai, kata Najib dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/pru14-diadakan-sebelum-14-julai-kata.html

Subscribe to receive free email updates: