Judul : Peguam Kerajaan Gesa Tuntutan Anwar 'Di Batalkan' Kerana Salah Namakan Pihak
link : Peguam Kerajaan Gesa Tuntutan Anwar 'Di Batalkan' Kerana Salah Namakan Pihak
Peguam Kerajaan Gesa Tuntutan Anwar 'Di Batalkan' Kerana Salah Namakan Pihak
Peguam kerajaan Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata Anwar sepatutnya menamakan peguam negara yang juga pendakwa raya, bukan kerajaan.
Katanya, Perkara 145 (3) menyatakan Peguam Negara, bertindak sebagai pendakwa raya, mempunyai budi bicara memulakan prosiding jenayah di mahkamah sivil.
“Peguam negara yang juga seorang pendakwa raya, bukanlah kerajaan dalam kes jenayah,” katanya dalam penghujahan membatalkan tuntutal pemimpin pembangkang itu.
Awang Armadajaya berkata peguam negara sebahagian daripada pihak berkuasa sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan sebagaimana diperuntukkan bawah Perkara 145 (1).
Katanya, mangsa liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah menjadi agen pendakwaan untuk mengemukakan bukti palsu bagi memastikan Anwar disabit bersalah dalam jenayah itu.
“Dakwaan fraud oleh plaintif (Anwar) menimbulkan fitnah pada pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi yang diketuai oleh Mohamed Yusof Zainal Abiden (bekas ketua pendakwaan),” katanya.
Mengatakan Anwar tidak memberi maklumat mereka yang didakwa melakukan penipuan itu, Awang Armadajaya menambah, tuntutan itu harus dibatalkan tanpa perlu dibicarakan kerana rayuan dalam tuntutan itu tidak lengkap.
Katanya, Anwar cuba membangkitkan kembali isu sabitan liwat itu selepas 2 cubaan gagal di Mahkamah Persekutuan.
Pada 17 April tahun lepas, Anwar memfailkan tuntutan baharu dalam satu lagi cubaan untuk dibebaskan dari penjara, mengatakan dapatan sabitan itu harus diketepikan kerana ia berdasarkan bukti sumpah bohong Saiful.
Dalam kenyataan dakwaan, Anwar berkata kerajaan (pendakwa raya) mengetahui dan mempunyai pengetahuan bahawa Saiful adalah saksi tidak benar.
Pemimpin pembangkang itu berkata kerajaan mengada-adakan bukti palsu dalam bentuk dakwaan sampel DNA dan menggunakannya untuk menyokong bukti sumpah bohong Saiful itu.
Anwar berkata kerajaan “mengemukakan” Saiful sebagai saksi utama pendakwaan itu dengan niat menjatuhkannya dengan cara penipuan.
Katanya, bukti Saiful adalah sumpah bohong dan perbuatan liwat tidak pernah berlaku atau tidak akan boleh berlaku dengan kerelaan Saiful.
Anwar berkata penghakiman Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan tidak sah dan harus diketepikan sebagaimana diperuntukkan bawah Seksyen 44 Akta Keterangan.
Beliau kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh atas salah laku seksual terhadap Saiful pada 2008.
Beliau pada mulanya dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengakaskan pembebasan itu dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atasnya pada 7 Mac 2014, keputusan yang juga disahkan oleh Mahkamah Persekutuan tahun berikutnya.
Peguam N Surendran yang mewakili Anwar berkata menamakan kerajaan sebagai defendan adalah betul kerana peguam negara adalah agennya.
“Kerajaan harus dipertanggungjawabkan kerana mendapatkan sabitan ini secara fraud,” he said.
Surendran berkata Anwar tidak boleh menamakan hakim sebagai pihak dalam penipuan itu kerana badan kehakiman kebal daripada tindakan sivil atau jenayah dalam menjalankan tugas mereka.
Katanya, kenyataan dakwaan Anwar mengandungi maklumat mencukupi mengenai mereka yang terlibat dalam penipuan itu dan termasuklah Saiful, saksi utama pendakwaan itu.
“Walaupun maklumat tidak cukup, ia bukan alasan membatalkan tuntutan itu,” tambahnya.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad akan menyampaikan keputusannya pada 12 Mac. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Peguam Kerajaan Gesa Tuntutan Anwar 'Di Batalkan' Kerana Salah Namakan Pihak
Sekianlah artikel Peguam Kerajaan Gesa Tuntutan Anwar 'Di Batalkan' Kerana Salah Namakan Pihak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peguam Kerajaan Gesa Tuntutan Anwar 'Di Batalkan' Kerana Salah Namakan Pihak dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/peguam-kerajaan-gesa-tuntutan-anwar-di.html