MCA Pahang Berharap Dapat Balik Tanding Kerusi Parlimen Kuantan !

MCA Pahang Berharap Dapat Balik Tanding Kerusi Parlimen Kuantan ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA Pahang Berharap Dapat Balik Tanding Kerusi Parlimen Kuantan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA Pahang Berharap Dapat Balik Tanding Kerusi Parlimen Kuantan !
link : MCA Pahang Berharap Dapat Balik Tanding Kerusi Parlimen Kuantan !

Baca juga


MCA Pahang Berharap Dapat Balik Tanding Kerusi Parlimen Kuantan !


KUANTAN: MCA berharap kerusi Parlimen Kuantan 'dikembalikan' kepada parti itu untuk ditandingi pada Pilihanraya Umum Ke-14 ini.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Hoh Khai Mun (foto), berkata sebelum ini MCA atas semangat setiakawan memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding kerusi berkenaan pada PRU-13 namun gagal direbut kembali selepas jatuh ke tangan parti pembangkang pada tahun 2008.

"Kini menjadi hasrat kita (MCA) untuk kerusi Parlimen Kuantan ditandingi calon daripada MCA.

"Bagaimanapun segala keputusan kita serahkan ke peringkat pusat untuk menentukannya," katanya ketika dihubungi, di sini,baru-baru ini.

Jika kerusi Parlimen Kuantan dikembalikan kepada MCA, Khai Mun berkata parti itu akan mencalonkan Pegawai Khas Menteri Pengangkutan, Datuk Andrew Wong Kean Hwee untuk bertanding di situ.

Bagaimanapun, katanya, MCA sedia memberi kerjasama terhadap mana-mana parti dalam kalangan BN yang bertanding di kawasan ibu negeri Pahang itu jika calonnya tidak dapat bertanding di situ.

"Pengundi di Kuantan sudah kenal (Andrew), beliau selalu turun padang dan buat kerja di peringkat akar umbi, kami yakin dengan kemampuan dia jika dicalonkan," katanya.

Khai Mun yang juga bekas Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Bilut selama empat penggal berharap tidak berlaku pergeseran dalaman dalam kalangan parti komponen BN apabila pengerusi BN sudah membuat keputusan nanti.

Katanya, punca sesuatu kekalahan BN dalam pilihan raya lepas turut disumbangkan faktor sabotaj di sesama parti komponen itu sendiri.

Beliau sebaliknya mengingatkan kemenangan BN dalam PRU14 amnya dan parlimen Kuantan khususnya menjadi keutamaan MCA berbanding konflik perebutan sesuatu kawasan. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel MCA Pahang Berharap Dapat Balik Tanding Kerusi Parlimen Kuantan !

Sekianlah artikel MCA Pahang Berharap Dapat Balik Tanding Kerusi Parlimen Kuantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA Pahang Berharap Dapat Balik Tanding Kerusi Parlimen Kuantan ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/mca-pahang-berharap-dapat-balik-tanding.html

Subscribe to receive free email updates: