[BN PASTI KECEWA] Dr M: Perselisihan HARAPAN Selangor akan selesai

[BN PASTI KECEWA] Dr M: Perselisihan HARAPAN Selangor akan selesai - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BN PASTI KECEWA] Dr M: Perselisihan HARAPAN Selangor akan selesai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BN PASTI KECEWA] Dr M: Perselisihan HARAPAN Selangor akan selesai
link : [BN PASTI KECEWA] Dr M: Perselisihan HARAPAN Selangor akan selesai

Baca juga


[BN PASTI KECEWA] Dr M: Perselisihan HARAPAN Selangor akan selesai


Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan keyakinannya yang pergeseran antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR berhubung rundingan kerusi di Selangor untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan dapat diselesaikan.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, pihak yang terlibat dalam rundingan kerusi di negeri itu telah menyatakan persetujuan untuk menyelesaikan perkara itu.
"Kita boleh selesaikannya. Mereka datang jumpa saya untuk jelaskan apa yang berlaku.
"Mereka beri persetujuan untuk selesaikan masalah ini, cuma minta sedikit masa (untuk melakukannya)," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.
Beliau diminta mengulas tentang laporan berhubung pertelingkahan antara Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim.
Semalam, Azmin mendakwa AMANAH berbohong apabila mengatakan rundingan berhubung pembahagian kerusi di Selangor belum dibuat.
Izham pula membalasnya dengan menyifatkan Azmin sebagai 'joker' dan tidak layak untuk memimpin. Kenyataan itu mencetuskan kemarahan pemimpin PKR Selangor.
Malaysiakini dalam laporannya semalam telah menggunakan perkataan 'badut' bagi maksud 'joker' di dalam versi Bahasa Melayu berita tersebut.
Namun Izham menjelaskan kenyataan itu telah disalahtafsirkan kerana apa yang dimaksudkannya adalah "pelawak" (joker).
"Apa yang saya maksudkan adalah lawak untuk beliau (Azmin) berkata bahawa terdapat empat mesyuarat yang telah diadakan dan 80 peratus kerusi telah pun dimuktamadkan," katanya.
Puas hati atau adil?
Mengulas lanjut, Mahathir mengakui perbezaan pandangan memang biasa berlaku ketika perbincangan seumpama itu dan sukar untuk mendapat persetujuan kesemua empat parti HARAPAN.
"Saya selalu katakan apabila rundingan antara banyak pihak, kita akan dapati tiada satu pihak yang berpuas hati, itu bermakna kita (berlaku) adil.
"Jika ada mana-mana pihak yang cukup berpuas hati, bermakna kita (sudah) berat sebelah). Maka memang ada yang tak puas hati, termasuk parti kami (BERSATU)," katanya lagi.
Dalam sesi forum sebelum sidang media itu, ahli akademik Dr Maszlee Malik yang bertindak sebagai moderator juga bertanya soal keadaan di Selangor kepada Mahathir.
Maszlee antara lain berkata ramai yang kecewa dengan pertelingkahan terbuka di kalangan pemimpin HARAPAN berkaitan rundingan kerusi, malah ada yang hilang keyakinan dengan kebolehan mereka untuk mentadbir negara.
Menjawab soalan itu, Mahathir hanya berkata isu tersebut akan selesai sebelum PRU ke-14.
Membangkitkan kejayaan rundingan kerusi Parlimen dan keputusan untuk menamakannya sebagai calon perdana menteri, Mahathir berkata semua parti komponen akhirnya sedar yang satu persetujuan perlu dicapai.
"Jika mereka tidak setuju dengan keputusan konsensus, kita semua akan kalah.
"Jadi penting untuk sedar akan perkara itu...Kita boleh selesaikannya," katanya lagi.
Terdapat kenyataan yang bertentangan berhubung status pembahagian kerusi HARAPAN di Selangor, dengan PKR mendakwa rundingan sedang berjalan manakala tiga parti lagi berkata sebaliknya.
Namun, Malaysiakini difahamkan masalah utamanya adalah tentang pembahagian 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini ditandingi PAS pada PRU 2013. - MK



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel [BN PASTI KECEWA] Dr M: Perselisihan HARAPAN Selangor akan selesai

Sekianlah artikel [BN PASTI KECEWA] Dr M: Perselisihan HARAPAN Selangor akan selesai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BN PASTI KECEWA] Dr M: Perselisihan HARAPAN Selangor akan selesai dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/bn-pasti-kecewa-dr-m-perselisihan.html

Subscribe to receive free email updates: