BN Mampu "Bawa Pulang" Lebih 500,000 Rakyat Kelantan Jika PAS Tumbang !

BN Mampu "Bawa Pulang" Lebih 500,000 Rakyat Kelantan Jika PAS Tumbang ! - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Mampu "Bawa Pulang" Lebih 500,000 Rakyat Kelantan Jika PAS Tumbang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Mampu "Bawa Pulang" Lebih 500,000 Rakyat Kelantan Jika PAS Tumbang !
link : BN Mampu "Bawa Pulang" Lebih 500,000 Rakyat Kelantan Jika PAS Tumbang !

Baca juga


BN Mampu "Bawa Pulang" Lebih 500,000 Rakyat Kelantan Jika PAS Tumbang !


GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu membawa pulang lebih 500,000 rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri lain kerana faktor kerja, untuk menabur bakti di negeri itu jika BN diberi mandat mentadbir Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Tengku Razaleigh yakin BN mampu membangunkan kembali Kelantan merangkumi semua aspek seperti pendidikan, ekonomi dan infrastruktur, sama seperti yang dinikmati oleh negeri lain ketika Malaysia sedang menuju ke arah status negara maju.

“Sejak lebih 20 tahun lepas rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain kerana PAS tidak mampu membangunkan Kelantan sekali gus gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

“PRU14 ini adalah pertimbangan terbaik untuk rakyat menyokong BN kerana hanya BN sahaja yang mampu memulihkan keadaan itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Dewan Orang Ramai di Pos Brooke hari ini.

Turut hadir Adun Galas Ab Aziz Yusof, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Yahaya Mamat dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan/Terengganu Hashim Alang Abdul Hamid.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada PRU14, Tengku Razaleigh berkata masih dalam pertimbangannya.

Katanya, beliau sudah menjadi Ahli Parlimen Gua Musang selama 45 tahun dan tidak pernah tewas pada pilihan raya umum yang ditandinginya.

“PRU14 merupakan penggal ke-12 saya bertanding dan ada beberapa pemimpin BN yang datang jumpa saya minta saya terus bertanding lagi pada kali ini. Saya akan pertimbangkannya,” katanya. #sumber


Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel BN Mampu "Bawa Pulang" Lebih 500,000 Rakyat Kelantan Jika PAS Tumbang !

Sekianlah artikel BN Mampu "Bawa Pulang" Lebih 500,000 Rakyat Kelantan Jika PAS Tumbang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Mampu "Bawa Pulang" Lebih 500,000 Rakyat Kelantan Jika PAS Tumbang ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/02/bn-mampu-bawa-pulang-lebih-500000.html

Subscribe to receive free email updates: