Rangkaian keluarga Leman Raja Lawak di Kelantan sertai AMANAH

Rangkaian keluarga Leman Raja Lawak di Kelantan sertai AMANAH - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rangkaian keluarga Leman Raja Lawak di Kelantan sertai AMANAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rangkaian keluarga Leman Raja Lawak di Kelantan sertai AMANAH
link : Rangkaian keluarga Leman Raja Lawak di Kelantan sertai AMANAH

Baca juga


Rangkaian keluarga Leman Raja Lawak di Kelantan sertai AMANAH



Rangkaian keluarga Leman Raja Lawak di Kelantan sertai AMANAH

Saudara mara pengerusi AMANAH kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim yang bertaburan di pelbagai tempat di Kelantan mengisytharkan menyertai AMANAH malam tadi.

Sulaiman yang lebih dikenali Leman Raja Lawak bersama wakil keluarga beliau, yang diperkenalkan sebagai Pak Lah Kedah berbuat demikian di majlis dialog anjuran AMANAH di Padang Bongor malam tadi.

“Pak saya ni orang sini panggil Pak Lah Kedah sudah lama menetap di Kelantan.

“Sekarang dia tinggal di Taman Desa Kemumin, Padang Tembak, Pengkalan Chepa,” katanya.

Menurutnya, ramai lagi ahli keluarga di Kelantan akan bersama menyertai AMANAH.

“Keseluruhan adik beradik (saudara mara) saya yang ada di kampung Cherang, Kampung Manik Urai, PCB, Kampung Pauh, Kampung Kandis, Kampung Baung Bayam, Kampung Sabak dan Kampung Landak akan memasuki parti AMANAH.

“Dua lagi bapa saudara saya, Pak Su Ahmad dan Pak Long Roni akan membantu saya mengumpulkan seluruh keluarga ini kerana saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan semua,” katanya.

Menurutnya, seluruh keluarga ini dari keturunan Allahyarham Deraman Kedah yang berhijrah ke Kelantan.

Pada majlis malam tadi Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Datuk Husam Musa, Pengerusi AMANAH Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah turut hadir.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran peminat-peminat Leman Raja Lawak serta rakan-rakan seniman yang ikut serta.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Rangkaian keluarga Leman Raja Lawak di Kelantan sertai AMANAH

Sekianlah artikel Rangkaian keluarga Leman Raja Lawak di Kelantan sertai AMANAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rangkaian keluarga Leman Raja Lawak di Kelantan sertai AMANAH dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/rangkaian-keluarga-leman-raja-lawak-di.html

Subscribe to receive free email updates: