Judul : Padah tawar seks pada polis, wanita didenda RM1,500
link : Padah tawar seks pada polis, wanita didenda RM1,500
Padah tawar seks pada polis, wanita didenda RM1,500
Tertuduh mengaku bersalah menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM200 untuk sekali perkhidmatan yang beroperasi di bilik sewanya.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara 2 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.
Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Julia Aso, 31, selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan terhadap anggota polis itu dengan bayaran RM200 untuk sekali perkhidmatan itu.
Kesalahan itu dilakukan di bilik sewa wanita tersebut di sebuah unit di Pangsapuri Sri Penara, Jalan Permaisuri 1, Cheras, pada 11.30 malam, 25 Disember lalu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 1 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Difahamkan, tertuduh menawarkan khidmat seks melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan beroperasi di bilik sewanya di pangsapuri tersebut.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Padah tawar seks pada polis, wanita didenda RM1,500
Sekianlah artikel Padah tawar seks pada polis, wanita didenda RM1,500 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Padah tawar seks pada polis, wanita didenda RM1,500 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/padah-tawar-seks-pada-polis-wanita.html