Judul : OCPD Maran: Kes Wanita Lemas Di Felda Jengka 15 Adalah Palsu !
link : OCPD Maran: Kes Wanita Lemas Di Felda Jengka 15 Adalah Palsu !
OCPD Maran: Kes Wanita Lemas Di Felda Jengka 15 Adalah Palsu !
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan, Norzamri Abd Rahman berkata, beliau mengesahkan wanita tersebut hadir ke balai dan mengakui laporan yang dibuat sebelum ini palsu.
Menurutnya, ‘mangsa’ yang tinggal bersama ibunya sejak dua bulan lalu berada dalam keadaan tertekan apabila terpaksa berpisah dengan empat anaknya.
“Ketika kejadian dia memang berniat untuk terjun ke dalam sungai itu tetapi dinasihati ibunya dan merancang seolah-olah ia kes lemas.
“Rancangan itu dibuat dengan harapan ‘mangsa’ dapat berjumpa dengan anak-anaknya semula,” katanya.
Norzamri berkata, wanita tersebut dan anaknya dibawa ke balai untuk merakam percakapan mereka.
“Satu laporan telah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan kerana membuat penyataan palsu,” katanya.
Perkembangan itu memeranjatkan pasukan mencari dan menyelamat yang meneruskan operasi mencari mangsa pagi ini selepas dihentikan petang semalam. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel OCPD Maran: Kes Wanita Lemas Di Felda Jengka 15 Adalah Palsu !
Sekianlah artikel OCPD Maran: Kes Wanita Lemas Di Felda Jengka 15 Adalah Palsu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel OCPD Maran: Kes Wanita Lemas Di Felda Jengka 15 Adalah Palsu ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/ocpd-maran-kes-wanita-lemas-di-felda.html