Lapan lagi individu diambil keterangan SPRM isu terowong laut

Lapan lagi individu diambil keterangan SPRM isu terowong laut - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lapan lagi individu diambil keterangan SPRM isu terowong laut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lapan lagi individu diambil keterangan SPRM isu terowong laut
link : Lapan lagi individu diambil keterangan SPRM isu terowong laut

Baca juga


Lapan lagi individu diambil keterangan SPRM isu terowong laut

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam percakapan lapan lagi individu menjadikan keseluruhannya sebanyak 20 individu telah dipanggil berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang, setakat ini.
 
Difahamkan, kesemua individu terbabit terdiri daripada setiausaha syarikat, penasihat dan perunding-perunding syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan.
 
Menurut sumber Utusan Malaysia, pihaknya turut menggeledah sembilan lagi syarikat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
 
Katanya, SPRM sedang menyiasat sama ada syarikat-syarikat yang dilantik kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjalankan kajian berhubung projek terowong dasar laut tersebut mempunyai pengiktirafan ataupun tidak.
 
“Kita difahamkan kerajaan telah menetapkan piawaian kepakaran untuk menjalankan semua kajian kebolehlaksanaan termasuk projek terowong dasar laut berkenaan dan kita perlu lihat sama ada pakar-pakar yang dilantik untuk membuat kajian tersebut mempunyai kepakaran khusus dalam membuat kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut itu.
 
“Tidak kira sama ada pakar-pakar yang dilantik itu adalah terdiri daripada kerajaan mahupun pihak swasta, apa yang penting mereka perlu mempunyai kepakaran untuk menjalankan kajian terowong dasar laut,” lapor akhbar berkenaan.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya sedang menyiasat secara terperinci berhubung pembayaran penganugerahan pelaksanaan kajian terowong dasar laut tersebut.
 
Katanya, pasukan penyiasat memerlukan masa untuk menjalankan siasatan berikutan ia melibatkan aspek teknikal yang perlu dilihat secara mendalam.
 
“Saya minta semua pihak berikan ruang dan peluang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan, kita masih dalam proses merakam percakapan saksi-saksi penting yang dipercayai dapat membantu melengkapkan siasatan ini.
 
“Kita akan panggil beberapa individu penting dalam masa terdekat untuk merakam percakapan,” ujarnya. 




Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Lapan lagi individu diambil keterangan SPRM isu terowong laut

Sekianlah artikel Lapan lagi individu diambil keterangan SPRM isu terowong laut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lapan lagi individu diambil keterangan SPRM isu terowong laut dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/lapan-lagi-individu-diambil-keterangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :