Judul : Keadilan (PKR) Tuntut JPS Pahang Selesaikan Segera Masalah Banjir !
link : Keadilan (PKR) Tuntut JPS Pahang Selesaikan Segera Masalah Banjir !
Keadilan (PKR) Tuntut JPS Pahang Selesaikan Segera Masalah Banjir !
ADUN Semambu, Lee Chean Chung berkata, masalah tersebut berlaku setiap kali musim tengkujuh dan terbaru pada tiga minggu lalu menyebabkan pelbagai kesulitan terpaksa dihadapi penduduk di dua buah kawasan tersebut.
Menurutnya,sebelum ini pada tiga tahun lalu situasi terbabit disuarakan kepada jabatan terbabit yang telah melawat dan dialog bersama penduduk namun tiada penyelesaian serta masalah sama tetap berulang.
"Sebab itu kita sampaikan lagi hasrat penduduk dengan penyerahan memorandum yang mengandungi tandatangan 100 penduduk daripada Taman Bukit Setongkol Maju supaya satu tindakan khusus dapat diambil oleh JPS Pahang.
"Manakala dari Kampung Cenderawasih, ia dalam proses untuk mendapatkan tandatangan mereka,"katanya kepada Sinar Harian.
Beliau bersama Pengerusi PKR, Datuk Fauzi Abdul Rahman ditemui media selepas penyerahan memorandum penduduk Taman Bukit Setongkol Maju kepada JPS Pahang di Bangunan Kompleks Tun Abdul Razam (Komtur) Indera Mahkota di sini hari ini.
Chean Chung turut menambah, pihaknya bersedia menganjurkan sesi dialog bersama jabatan itu sekiranya situasi memerlukan.
Sementara itu Fauzi memberitahu,pihaknya mengharapkan jabatan terlibat dapat mengambil satu tindakan konkrit demi kesejahteraan penduduk yang terlibat.
"Sebelum ini JPS telah berjaya mengurangkan kesan banjir di beberapa lokasi di daerah ini jadi kita berharap langkah sama dapat digunakan di lokasi lain,"katanya lagi. #sumber
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Keadilan (PKR) Tuntut JPS Pahang Selesaikan Segera Masalah Banjir !
Sekianlah artikel Keadilan (PKR) Tuntut JPS Pahang Selesaikan Segera Masalah Banjir ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Keadilan (PKR) Tuntut JPS Pahang Selesaikan Segera Masalah Banjir ! dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/keadilan-pkr-tuntut-jps-pahang.html