BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14

BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14 - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14
link : BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14

Baca juga


BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14

THE MALAYSIAN TIMES
 


JOHOR BAHRU :  Barisan Nasional (BN) Johor akan memastikan calon dipilih bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan tokoh setempat yang fokus berkhidmat untuk rakyat dan bukan sekadar untuk memastikan kemenangan parti.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menegaskan perkara itu berkata ini berikutan calon setempat lebih memahami kehendak dan keperluan penduduk kerana setiap kawasan berdepan cabaran berbeza.

Beliau berkata ini berbeza dengan  pendekatan parti pembangkang yang tidak kisah meletakkan calon dari luar untuk bertanding  asalkan  kemenangan berpihak kepada mereka.

“Tambah memeritkan lagi, setelah memenangi kerusi ditandingi, wakil rakyat pembangkang itu  kemudiannya hanya pandai membangkitkan isu-isu berkaitan negara sahaja dan melupakan khidmatnya  kepada masyarakat setempat.

“Ini bermakna daripada awal lagi, (pembangkang) sudah beritahu kepada masyarakat setempat bahawa orang (calon) yang bertanding sememangnya tiada niat hendak bersama-sama dengan masyarakat  pada setiap masa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata  BN sentiasa memastikan calon yang dipilih merupakan yang terbaik untuk berkhidmat  kepada rakyat dan sehubungan itu berharap rakyat mengundi calon BN pada pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor merasmikan majlis penyerahan  Subsidi Tambang Bas Sekolah 2018 Pasir Gudang, di Taman Scientex, di sini.

Program Subsidi Tambang Bas Sekolah inisiatif Yayasan Pasir Gudang (YPG) itu memanfaatkan seramai 800 pelajar daripada lebih 600 keluarga pada tahun ini.

Mereka merupakan pelajar daripada keluarga berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah dan sebanyak RM141,956 diperuntukkan oleh YPG bagi menjayakan program itu tahun ini.
— BERNAMA



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14

Sekianlah artikel BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN Johor pilih ‘calon setempat’ untuk PRU 14 dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/bn-johor-pilih-calon-setempat-untuk-pru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :