Judul : Azmin terus pertahan kerusi Parlimen Gombak, kata Shuhaimi Shafiei
link : Azmin terus pertahan kerusi Parlimen Gombak, kata Shuhaimi Shafiei
Azmin terus pertahan kerusi Parlimen Gombak, kata Shuhaimi Shafiei
ANTARAPOSSHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali akan terus bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar itu, Shuhaimi Shafiei.
"Semua itu hanya khabar angin," katanya mengulas desas-desus yang mengatakan Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu akan bertanding di Parlimen Shah Alam.
Shuhaimi juga menafikan cakap-cakap bahawa Azmin enggan pertahankan kerusi sedia ada berikutan takut kalah disebabkan semakin kurang sokongan.
Tambahnya, Azmin sudah menang dua kali di kerusi itu dan akan terus berkhidmat kepada pengundi yang memberinya mandat pada dua PRU sebelum ini.
“Gombak, Shah Alam, Kota Raja dan beberapa cabang lain seperti Ampang dan Pandan juga antara kubu kuat PKR sejak 1999.
“Atas semangat berkongsi kuasa kita bersama rakan-rakan lain bertolak ansur untuk kemenangan,” katanya.
ADUN Seri Muda itu berkata, jadi tidak timbul soal lari kawasan dan sekiranya berlaku perubahan ia lebih kepada strategi kemenangan Pakatan Harapan secara keseluruhan.
Terdahulu, media melaporkan Azmin dijangka akan bertanding di Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti.
Sumber memaklumkan, permintaan kepada kerusi parlimen tersebut ada dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya Harapan Selangor yang ke-2 di Pejabat Jabatan Pilihan Raya PKR negeri di Vista Alam, di sini, Khamis lalu.
Selain Azmin, khabar angin juga bertebaran kononnya Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin juga tidak akan mempertahankan kerusi yang disandangnya selama dua penggal itu dan bertanding di Parlimen Hulu Langat.
Zuraida ketika ditemui pemberita semalam berkata tidak menolak bertanding di kerusi lain, jika diarahkan parti untuk berbuat demikian bagi meluaskan lagi pengaruh Wanita PKR.
Appear first on Sapa Malaysia
Demikianlah Artikel Azmin terus pertahan kerusi Parlimen Gombak, kata Shuhaimi Shafiei
Sekianlah artikel Azmin terus pertahan kerusi Parlimen Gombak, kata Shuhaimi Shafiei kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin terus pertahan kerusi Parlimen Gombak, kata Shuhaimi Shafiei dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/azmin-terus-pertahan-kerusi-parlimen.html