Awas pancing Umno menjelang PRU

Awas pancing Umno menjelang PRU - Hallo sahabat SAPA MALAYSIA , Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Awas pancing Umno menjelang PRU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Awas pancing Umno menjelang PRU
link : Awas pancing Umno menjelang PRU

Baca juga


Awas pancing Umno menjelang PRU

DETIK DAILY



Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Awang Laiman mengingatkan jentera pilihan raya negeri agar berwaspada dengan taktik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Bercakap merasmikan penutup Program Bengkel Pengurusan Penerangan Pilihan Raya dan Kewartawanan Haraki di sini hari ini, beliau berkata, sejak dua pilihan raya umum lalu beliau berdepan dengan pelbagai tawaran dari Umno.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Ketua Penerangannya, Abdul Hisham Othman dan pimpinan di peringkat dewan serta kawasan.

Kata beliau, antara tawaran itu termasuk kembali bekerja dengan kerajaan dan menyambung pengajian ke luar negara.

Beliau menolak dua tawaran itu dan kemudiannya pelbagai lagi tawaran kemewahan yang mendampinginya dari pelbagai pihak dalam Umno.

Pada PRU13 pula kata beliau, dalam satu program beliau ditawarkan sebagai senator dengan syarat tidak menentang Umno dalam pilihan raya tersebut.

"Saya bagi tempoh tiga hari. Saya menolak," kata beliau.

Beliau menyeru seluruh anak muda yang hadir ke program hari ini mengambil ibrah dari apa yang dihadapinya sebelum ini.

Kata beliau, pemuda sebagai benteng terakhir dalam memastikan PAS terus fokus dengan perjuangannya.

"Kami akan bekerja untuk parti kami. Pimpinan yang atur kita, kita serahkan kepada pimpinan. Kita akan jalan terus dan tidak akan pandang kiri kanan. Kalau tiga penjuru pun kita akan terus berlawan.

Kita teruskan kerja kita," kata beliau lagi.



Appear first on Sapa Malaysia


Demikianlah Artikel Awas pancing Umno menjelang PRU

Sekianlah artikel Awas pancing Umno menjelang PRU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Awas pancing Umno menjelang PRU dengan alamat link https://sapamalaysia.blogspot.com/2018/01/awas-pancing-umno-menjelang-pru.html

Subscribe to receive free email updates: